12 Jun 2010

10 perkara yang menjadi sebab

Bismillahi rahmanirahim~

Ibrahim bin Adham ditanya tentang firman Allah S.W.T. ertinya, "Berdoalah kepada-Ku nescaya aku akan mengabulkan doa kalian" (QS. Ghafir: 60).

Mereka mengatakan, "Kami telah berdoa kepada-Nya namun belum juga dikabulkan". Lalu beliau menjawab, "Kerana hatimu telah mati dengan 10 perkara..."

  1. Kamu telah mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Kamu telah membaca kitab Allah tetapi kamu tidak mengamalkannya.
  3. Kamu mengatakan bermusuhan dengan syaitan, tetapi kenyataannya kamu setia dengannya.
  4. Kamu mengaku cinta Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam tetapi kamu meninggalkan sunnah-sunnah-Nya.
  5. Kamu mengaku cinta syurga, namun kamu tidak melakukan amalan-amalan ahli syurga.
  6. Kamu mengaku takut neraka, tetapi kamu tidak mahu meninggalkan perbuatan dosa.
  7. Kamu mengatakan bahawa kematian itu adalah benar adanya, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk kematian itu.
  8. Kamu sibuk mencari aib orang lain sedang aibmu sendiri tidak kamu perhatikan.
  9. Kamu telah makan dari rezeki-Nya namun kamu tidak pernah bersyukur kepada-Nya.
  10. Kamu sering mengubur orang mati, tetapi kamu tidak pernah mengambil pelajaran darinya.
......................................................

*Memori saya di-refresh dengan penjelasan dari Ibrahim bin Adham, seorang ulama yang zuhud dan warak, yang mana saya dengar dari kuliah Maghrib di Mutiara.fm dan untuk lebih jelas saya dapatkan dari sini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...