Alhamdulillah, hari ini sudah 18 Ramadhan. Untuk entri hari ini, saya terpanggil untuk berkongsi 1 perkara yang patut saya 'suarakan' dari dulu lagi dan boleh jadi muhasabah untuk diri sendiri, insyaallah. Dalam bulan yang mulia ini, terasa ujian yang datang tu mencabar jiwa dan diri, sehinggakan kadang-kadang terasa sabar tu dah semakin berkurangan. Astaqfirullahal'azim..
Dipetik dari Islamic Artwork from IPIJ Teknologi
......
Tuntutan Berbuat Baik & Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Seorang lelaki bertanya:
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku. Aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”
Kemudian Baginda menjawab:
"Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Huraian:
- Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah, kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
- Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka. Mudah-mudahan dengan itu, hati mereka menjadi lembut dan baik.
- Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
Sumber: Dari rakan serumah, dipetik dari Riwayat Muslim
Nota kaki: Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita. Insyaallah..