28 Aug 2010

Aku lebih baik daripada kamu?

Bismillahi rahmanirahim~

Alhamdulillah, hari ini sudah 18 Ramadhan. Untuk entri hari ini, saya terpanggil untuk berkongsi 1 perkara yang patut saya 'suarakan' dari dulu lagi dan boleh jadi muhasabah untuk diri sendiri, insyaallah. Dalam bulan yang mulia ini, terasa ujian yang datang tu mencabar jiwa dan diri, sehinggakan kadang-kadang terasa sabar tu dah semakin berkurangan. Astaqfirullahal'azim..

Dipetik dari Islamic Artwork from IPIJ Teknologi
......

Tuntutan Berbuat Baik & Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
(Riwayat Muslim)

Seorang lelaki bertanya:

“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku. Aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”

Kemudian Baginda menjawab:

"Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

Huraian:

  1. Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah, kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
  2. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka. Mudah-mudahan dengan itu, hati mereka menjadi lembut dan baik.
  3. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya. 

Sumber: Dari rakan serumah, dipetik dari Riwayat Muslim



Nota kaki: Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita. Insyaallah..

14 Aug 2010

Perkongsian: Kelebihan Al-Mathurat

Bismillahi rahmanirahim~

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT


Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat: 
  1. Tidak dihampiri syaitan 
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 
  5. Selamat dari segala sesuatu. 
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 
  7. Allah berhak untuk meredhainya 
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 
  9. Terhindar daripada syirik. 
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Kredit kepada http://melangkahterus.blogspot.com/

2 Jul 2010

Strength

Bismillahi rahmanirahim~


False.

Strength is when you do not hesitate to show your pain, yet have the courage to manage with it well and find reason to feel better.

Strength is motivation to go ahead knowing you will face difficulties but feel strong enough to get through.

Strength is, not to be afraid to admit your weaknesses.


12 Jun 2010

10 perkara yang menjadi sebab

Bismillahi rahmanirahim~

Ibrahim bin Adham ditanya tentang firman Allah S.W.T. ertinya, "Berdoalah kepada-Ku nescaya aku akan mengabulkan doa kalian" (QS. Ghafir: 60).

Mereka mengatakan, "Kami telah berdoa kepada-Nya namun belum juga dikabulkan". Lalu beliau menjawab, "Kerana hatimu telah mati dengan 10 perkara..."

  1. Kamu telah mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Kamu telah membaca kitab Allah tetapi kamu tidak mengamalkannya.
  3. Kamu mengatakan bermusuhan dengan syaitan, tetapi kenyataannya kamu setia dengannya.
  4. Kamu mengaku cinta Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam tetapi kamu meninggalkan sunnah-sunnah-Nya.
  5. Kamu mengaku cinta syurga, namun kamu tidak melakukan amalan-amalan ahli syurga.
  6. Kamu mengaku takut neraka, tetapi kamu tidak mahu meninggalkan perbuatan dosa.
  7. Kamu mengatakan bahawa kematian itu adalah benar adanya, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk kematian itu.
  8. Kamu sibuk mencari aib orang lain sedang aibmu sendiri tidak kamu perhatikan.
  9. Kamu telah makan dari rezeki-Nya namun kamu tidak pernah bersyukur kepada-Nya.
  10. Kamu sering mengubur orang mati, tetapi kamu tidak pernah mengambil pelajaran darinya.
......................................................

*Memori saya di-refresh dengan penjelasan dari Ibrahim bin Adham, seorang ulama yang zuhud dan warak, yang mana saya dengar dari kuliah Maghrib di Mutiara.fm dan untuk lebih jelas saya dapatkan dari sini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...