7 Feb 2012

Bila ada waktu

Bismillahi rahmanirahim~

Sedikit update di sini..

Sebenarnya, banyak hal yang terjadi untuk beberapa bulan ini. Cuma, rasanya tak perlu dikongsi secara bertaip di sini. Sekarang hanya mampu dan semestinya perlu berdoa: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."
Off to Penang with family. Need heart treatment for that moment.
Checking if something wrong after what-I've-done-to-him.
Nota kaki: Saya tak tahu all-those-thing will end up. Kerja Allah pasti akan ada hikmahnya. 

26 Jan 2012

Berserah..

Bismillahi rahmanirahim~

Semestinya saya tidak tahu, apa yang akan berlaku di masa hadapan..apa ketentuan Allah kepada saya. Jadi, bila terbaca apa yang dikatakan oleh Ustaz Pahrol, saya rasa itu benar.

Sumber: Seperti dalam gambar
"Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan.

Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita.

Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan?

Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita."

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

5 Dec 2011

Teguh berdiri

Bismillahi rahmanirahim~

Alhamdulillah. Website yang saya ada sebut dalam post sebelum ini dah pun 90% siap. Syukur sangat-sangat sebab ada yang mengajar cara menggunakan C-Panel dan Wordpress bagi membina website. Terkial-kial juga pada mulanya, nasib ada kawan yang membantu.

Ok, ini website yang telah siap dibina. Semoga dengan adanya website, sekolah ini akan lebih maju lagi. Insyaallah. 
Sekolah Sinar Harapan Bukit Mertajam
.....

Akhir-akhir ini, hati mudah tergugat dengan ujian yang didatangkan oleh Allah. Sedih, kecewa, marah mula bersimpul menjadi satu. Sabar adalah jalan yang terbaik. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Semoga terus tabah dan redha dengan dugaan ini. 



Muhasabah dari Prof. Dr. Muhaya:
‎"Lihat apa kaca mata kita pakai hari ini. Jika kaca mata mencari kesilapan dan fokus kita mencari kesilapan maka itu kita nampak dan akan buta pada semua kebaikan di depan mata kita. Mula cari kesilapan kita dan betulkan diri hingga tiada tenaga untuk melihat kesilapan orang lain. Lihat keluarga kita dan jangan sekali-kali bajet bagus dan rasa kita lebih baik dari orang lain. Setiap kali kita komen orang lain lihat sama ada kita ada sifat ini dan banyakkan istighfar. Lihat apa yang kita lihat setiap hari di Facebook. Jika keburukan, itulah diri kita hari ini dan esok hari dan selamanya dan di akhirat nanti"

Nota kaki: Fiza rasa tak perlu lagi sedih. Hari ini. *Senyum*

2 Nov 2011

Rezeki tak terhingga

Bismillahi rahmanirahim~

Alhamdulillah, majlis konvokesyen saya dah pun berlalu. Sekarang adalah masa untuk menumpukan 100% terhadap kerjaya :P

Dari Vi.sualize.us. Menarik!
Perlu renovate jadual kerja dan mendapat tugas baru dari pihak sekolah iaitu tempat kerja: Renovate website sekolah, yang mana saya akan belajar membuat website. Memang susah sebab sudah biasa dengan blogspot. Kali ini, menggunakan domain sendiri. Sesiapa yang boleh menolong, dialu-alukan. 

Tak lupa juga, syukur kepada Allah. Walaupun saya bekerja di NGO dan fahamlah gajinya sebanyak mana saja..Allah berikan rezeki yang murah kepada saya. Ada pensyarah yang mempunyai anak istimewa menawarkan locum selepas waktu bekerja. Alhamdulillah..





Aturan Allah memang terbaik untuk kita!

6 Oct 2011

Moga tabah

Bismillahi rahmanirahim~

Masuk bulan ketiga bekerja. Alhamdulillah, moga Allah merahmati dan memberkati rezeki yang dilimpahkan-Nya. 
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah; dan Engkaulah yang menjadikan dukacita itu menjadi mudah jika Engkau menghendakinya.”

Masuk bulan pertama memandu ke tempat kerja. Alhamdulillah, moga Allah melindungi hamba-Nya ini.
“Segala puji bagi Allah,Maha suci Allah yang menyediakan kenderaan ini untuk kemudahan kita dan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kitalah, kita akan kembali.”
.........


Seorang diri di situ. Kena kuat, sabar dan berpendirian. Berdiri untuk hak sendiri. Dugaan..tak usah dikata, memang tak cukup jika dihitung dengan jari. Yang terbaru, memang meruntunkan jiwa kecil ini..tapi biasalah. Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Betul?
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Masalah yang dilalui mematangkan jiwa, mematangkan akal, mematangkan peribadi. Hari ini, bila saya mengatakan saya mahu melakukan sesuatu dan saya akan lakukannya kerana, saya sudah masak dengan mereka dan saya mula berjaga-jaga dalam mengatur langkah. 

.........

Dalam tempoh bekerja ini juga, saya terharu melihat adik-beradik yang datang menjalani terapi dengan saya. Kedua-duanya tak mampu berjalan dan bertutur. Bermasalah dalam motor kasar dan juga motor halus. Ceritanya..minggu lepas. Bila tiba waktu rehat, adik-beradik ini akan dibawa oleh bapa mereka untuk makan pagi. Saya hairan melihat si abang yang belum menyentuh makanan. Rupanya, dia menunggu si adik, yang masih menjalani sesi terapi dengan fisioterapi. Apabila si adik muncul dari pintu bilik fisioterapi, si abang mengesot dan menjerit-jerit tanpa butir kata, sambil melambai-lambai memanggil adiknya dengan muka gembira - memanggil si adik untuk makan bersama-sama. Sungguh. Hati saya tersentuh. Mereka yang serba kekurangan masih menunjukkan kasih sayang kepada adik-beradik sendiri..

.........

Di sini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada abah dan mak. 

Abah banyak berkorban untuk saya. Abah menghantar dan menjemput saya sepanjang tempoh sebulan bekerja. Belikan kereta (dan saya hanya membayarnya setiap bulan), mengajar dan menemani saya yang tak cekap memandu selama sebulan sehingga saya yakin dan dapat memandu sendirian ke tempat kerja dan ke mana-mana. Mak juga sama seperti abah, banyak berkorban untuk saya. Mak selalu memberi perangsang..menguatkan semangat dan mengingatkan "tangan dan kaki bekerja, tapi hati mengingati Allah" dan kata-kata mak umpama pengubat hati. Saya jatuh, mak ada di sisi. 

Terima kasih untuk abah dan mak yang sentiasa memberi sokongan kepada saya sepanjang 23 tahun ini. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya..saya selalu doakan..
“Ya Allah! Ampunilah aku, kedua ibu bapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.”


Nota kaki: Konvo saya jatuh pada 22/10 ini :)

18 Sept 2011

Sering menyakitkan dan mengecewakan

Bismillahi rahmanirahim~

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Menyakitkan?
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

Sumber: Hariz Khair Ad-Deen, iluvislam.com

28 Aug 2011

Berakhirnya Ramadhan..

Bismillahi rahmanirahim~

Hari ini adalah hari ke-28 umat Islam berpuasa dan malam ini pula adalah malam terakhir untuk bersolat terawih. Sedihnya. Tak tahu sama ada tahun depan sempat berjumpa dengan Ramadhan lagi atau tak. Paling gembira untuk Ramadhan kali ini adalah Maksu. Maksu terpilih menjadi tetamu Allah; menunaikan umrah di Tanah Suci. Maksu teramatlah gembira dan secara tak langsung, meniupkan semangat kepada kami yang belum ke sana. Berkobar-kobar rasanya nak ke sana. 

Dari Google
Imbas kembali
Saya mendapat tawaran bekerja sebagai jurupulih carakerja (occupational therapist) di salah sebuah sekolah khas, di bawah naungan NGO seminggu sebelum menjelangnya Ramadhan dan memulakan tugas pada 3 Ramadhan. Syukur, dekat dengan rumah, maksudnya tak perlu menyewa sepanjang bekerja di situ. Rezeki juga menjadi melimpah-ruah..dan berpeluang melihat sendiri dengan orang tertinggi di dunia (time berbuka anjuran Nashmir Holding). Hehe. Rasa macam tak percaya.

Buat masa ini, saya perlu mengendalikan kelas Early Intervention Program (EIP) bersama seorang guru, tetapi guru tersebut cuti bersalin selama 2 bulan. Jadi, Fiza take over kelas guru itu dan mengendalikan bilik snoezelen (multi-sensory room), yang mana equipments dalam bilik tersebut kebanyakannya berfungsi secara automatik. Oh, tak lupa juga, saya ada bilik sendiri, bilik untuk terapi. Hehe, excited.

Seronok juga bekerja, tapi mencabar. Saya seorang di situ. Berbincang pun dengan jurupulih anggota (physiotherapist), untuk sesetengah rawatan/terapi yang kami dah jalankan. Cuma sekarang, apa yang saya plan untuk kanak-kanak yang datang untuk terapi, berjalan lancar sepanjang sebulan ini. Insyaallah, banyak lagi plan yang saya akan lakukan selepas habis cuti nanti.

Sekarang
Saya dah ada banyak tanggungjawab semenjak habis belajar dan bekerja. Oh, saya juga ada buah hati yang hensome iaitu Whitey yang stylish. Hehe. Sedang belajar membawa Whitey, supaya saya jadi cekap untuk beberapa masa akan datang.

Di sini juga, saya nak mengucapkan:



Maaf Zahir Batin, jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara..
buat sesiapa sahaja yang mengenali diri Fiza.

Nota kaki: Semoga Allah memberi peluang, dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...