Semalam, saya dan Maryam dah selamat sampai di Georgetown - bersiap sedia untuk berpraktikal di sini. Hanya kami di sini, hati tiba-tiba jadi sayu, sedih, dan segala bagai rasa pun wujud. Rindukan kawan-kawan serumah, sekelas..
Ok. Sudah-sudah dengan luahan perasaan. Hehe. Pagi tadi, saya dan Yam berjalan-jalan untuk mencari di tempat praktikal kami yang pertama, iaitu Psychiatry (Psy). Kawasan atau wad Psy. tak terletak di dalam kawasan hospital, malah jauh dari hospital. Apakah semua ini berlaku disebabkan stigma? Mungkin, dan inilah stigma untuk pesakit-pesakit mental di Malaysia. Mungkin mereka perlu Haloperidol, Cholorpromazine, Olanzapine (anti-psychotic drug) tapi itu bukan titik tolak untuk kita yang normal ini untuk menyisihkan mereka. Hakikatnya, Allah S.W.T jadikan kita semua, sama sahaja. Renungkanlah~
Atau, sebab paling realistik: Tak cukup tempat.
Buat masa sekarang, saya ada banyak komitmen dan tanggungjawab. Saya rasa, banyak hati yang perlu dijaga. Kadang-kadang rasanya perlu motivasikan diri untuk elakkan minda ini dari lintang pukang. Mari kita renungkan artikel yang saya baca dari iluvislam.com.
Petua untuk Hati
Buat masa sekarang, saya ada banyak komitmen dan tanggungjawab. Saya rasa, banyak hati yang perlu dijaga. Kadang-kadang rasanya perlu motivasikan diri untuk elakkan minda ini dari lintang pukang. Mari kita renungkan artikel yang saya baca dari iluvislam.com.
Petua untuk Hati
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
Nota kaki: Saya sedang mengamalkan petua ini-menulis blog. Hehe. Perlu tidur sekarang, esok hari pertama praktikal.
- Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
- Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
- Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
- Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
- Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
Nota kaki: Saya sedang mengamalkan petua ini-menulis blog. Hehe. Perlu tidur sekarang, esok hari pertama praktikal.
No comments:
Post a Comment