31 May 2012

It is simple.

Bismillahi rahmanirahim~

Credits to anonymous
Today, I found this and out of sudden, I smiled.

So far, I'm no longer stalking or spying anything about him, 
as well I did not contact him anymore.

Why?
It is simple.
Because..I did not want to do so.

I know and believe, Allah always prepared the better plan and path for me.

Like what I heard from Irfan Makki and Maher Zain - I Believe, 

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you..

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him.

"If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through"
....

Foot note: I will have update this post later.

26 May 2012

Kehilangan, pergi takkan kembali

Bismillahi rahmanirahim~

Khamis, 24 Mei 2012
Pihak pengurusan sekolah dimaklumkan yang kami telah berjaya mendapatkan dana daripada CIMB Foundation untuk menjalankan projek batik dan jahitan. Akhirnya, setelah beberapa bulan saya berhempas pulas menyiapkan proposal, membetulkan kesalahan itu ini dan menjustifikasi rasional untuk projek tersebut; membuahkan hasil walaupun pada mulanya saya terasa seperti mahu berhenti di tengah jalan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. OK! Senyum :)

Jumaat, 25 Mei 2012 
Saya dimaklukan rakan sekerja saya (fisioterapis) yang student merangkap patient (suffered from cerebral palsy) kami telah kembali ke rahmatullah semalam, iaitu malam Jumaat. Terkesima, terkejut, terpana. Itu perasaan yang saya dapat gambarkan. Arwah pergi selepas demam panas dan sesak nafas di hospital.  
"Daripada ALLAH dia datang (segala sesuatu) dan kepada ALLAH dia akan kembali."
Arwah sememangnya sudah lebih tiga minggu tidak datang untuk menjalani sesi terapi disebabkan ayahnya sibuk menguruskan kedai makan yang baru dibuka. Tapi, ini bukan bermakna ayahnya tidak mempedulikan arwah; kerana ayah arwah memang dikenali sebagai seorang yang rajin membawa arwah ke sekolah (tempat saya bekerja) untuk sesi fisioterapi. Saya juga menjalankan terapi multi-sensori kepada arwah di bilik snoezelen. Jika dingat dan diimbas kembali, arwah sangat gembira dan excited bila memasuki bilik snoezelen dan pernah menjadi sample student saya untuk demonstrasi kepada pelawat daripada institut perguruan. 

Tetapi, kali terakhir menjalani sesi terapi dalam bilik snoezelen bersama saya, arwah menangis. Saya yang tidak faham, hanya menganggap arwah sudah penat dan mungkin mahu berehat. Sememangnya, Allah maha mengetahui..itulah petanda kali terakhir arwah berada di situ. 

Semalam juga saya dan beberapa orang rakan sekerja pergi menziarahi arwah di rumah. Wajah arwah..tersenyum, tetapi saya memang tidak dapat menahan sebak. Begitu juga dengan yang lain. Kami sedia maklum, syurga bagi arwah kerana arwah masih kanak-kanak, belum baligh dan mengalami kecacatan fizikal. Arwah anak tunggal, dan kehilangannya di dalam keluarga memang sangat dirasai. Bagi saya dan fisioterapis, tiada lagi murid yang akan menyatakan 'letih, penat' setiap kali fisioterapis memulakan passive stretching dan tiada lagi murid yang bermata besar dan berlesung pipit ini. Mungkin ini kenangan manis buat kami..
Alif Aiman, cikgu mohon maaf, jika terkasar bahasa dan apa-apa lagi yang mungkin cikgu telah lakukan. Percayalah, pemergiaan Alif takkan cikgu sia-siakan. Cikgu akan lebih bersemangat dalam kerja cikgu dan akan cikgu dedikasikan seluruh keupayaan yang cikgu ada untuk kawan-kawan Alif..insyaallah.
Mungkin sesuai untuk sekarang..

19 May 2012

Everything, but never let down

Bismillahi rahmanirahim~


Sabar. Because Allah never fail you. Whatever happened in your life, it just a test from Him. Keep smiling. You'll be fine and you are better nowadays. You can see it in yourself.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...