Assalamualaikum w.b.t.
Setelah sekian lama blog ni dibiarkan sepi tanpa entri. Hahaha. Kemalasan melanda atau ketandusan idea? Sebenarnya, banyak je cerita, cuma tak berapa ada masa yang sesuai untuk menaip.
Braces
Entri yang sangat excited. Saya sudah pakai BRACES! Sebelum ni, hanya bercita-cita saja, sebab rasa macam takut dan tak mampu nak pakai. Finally, dream comes true! Whooaaa! Wajar la kan nak excited tahap infiniti. Hehe.
#1
So, sebelum pakai, saya dengan laju-laju google klinik ortodontik yang berdekatan. Padahal, sebelum ni, sepupu saya, Kak Aisyah (doktor gigi di GH Penang) dah suruh saya pergi buat braces di klinik pakar ortodontik, tak silap area Permatang Pauh. Klinik yang senang nak reach. Alhamdulillah, dah jumpa. Hihi. Thanks to Kak Ina sebab tunjuk jalan ke klinik ni.
Klinik Pergigian Pakar Ortodontik Pauh (Dr. Hani Zuhairah Dato' Md. Isa)
No. 22, Tingkat 1, Lorong Pauh Jaya 1/1,
Taman Pauh Jaya, Jalan Baru,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel.: 04-3990222
Dengan penuh keazaman, saya pun pergi ke klinik tu untuk x-ray dan moulding. Result: Quite good because only a tooth needs to be extracted/removed plus scaling and polishing teeth. Hahaha. Gigi depan yang terkeluar tu (lower left central incisor). Sakit cabut gigi tu sikit je sebab bukan gigi geraham tapi berhari-hari jugak la makan minum berdarah. Hehe. Ramai jugak orang tegur, "Eh, cabut gigi ye Fiza?" *senyum malu-malu walaupun sebenarnya tak malu jadi rongak*
- X-ray and moulding = RM190
- Extract tooth = RM70
- Scaling and polishing = RM70
#2
Lepas 3 hari cabut gigi, booked appointment lagi. Jatuh pada hari Isnin, 8 Julai 2013. Hari ini dalam sejarah sebab hari pasang braces. Saya pilih buat braces yang harga RM3900 (traditional, not damon system), sebab murah dan nampak natural pakai braces (sebenarnya nak elastic ties yang colourful!). Memang superb, pasang untuk gigi atas dan bawah sekaligus. Masa pasang braces ni, tak sakit. Ok, sakit sikit sebab kena macam kena tekan dekat gigi geraham sebelah atas tu. Then doktor suruh pilih colour untuk elastic ties, jadi blurred. End-up pilih purple, tak sangka matching pulak dengan tema baju raya tahun ni. Hehe. Hanya lebih kurang 30 minit je, siap! Cepat kan? Lepas siap pasang tu, boleh pulak terkejut sebab dah pasang! *noob, sebab ingat mungkin sejam lebih*
- Down-payment = RM1000
- Oral care products = RM54 (refer to pictures below)
Once being 'si gigi besi', I'm just feeling weird and unable to close mouth properly. Haha, it's normal, right? Nampak agak hodoh, tapi abaikan sebab nak gigi aligned dan tak bersembur air liur bila bercakap dengan excited. Haha. Kuat zemangat dan kena tahan sakit.
Selepas tu, susah la sikit nak makan sebab sakit, gigi terasa ditolak-tarik dengan hebatnya. Doktor pun pesan suruh makan makanan yang lembut-lembut. So, makan bubur. Tak lama, beberapa hari je. Alhamdulillah saya seorang HERBALIFER. Lapar sikit, minum shake. Hehe.
#3
Hari ini sudah genap 1 minggu dan 2 hari saya ber-braces. Bermula dalam 2 hari sebelum berpuasa gitu. Sekarang dah rasa biasa dan berus gigi pun jadi tabiat lepas makan. Sekarang ni rajin pulak pergi survey barang-barang untuk oral care. Hihi.
Braces mode: ON! |
#3
Hari ini sudah genap 1 minggu dan 2 hari saya ber-braces. Bermula dalam 2 hari sebelum berpuasa gitu. Sekarang dah rasa biasa dan berus gigi pun jadi tabiat lepas makan. Sekarang ni rajin pulak pergi survey barang-barang untuk oral care. Hihi.
Nota kaki:
- Salam Ramadhan untuk anda semua. Jom berpuasa bersama HERBALIFE! Nak tahu lebih lanjut? Tanya saya bagaimana!
- Gigi atas dah bergerak. Waktu pasang braces, macam simpang siur, sekarang nampak dh 1 line tu :B