17 Jul 2013

Ber-BRACES sebelum Ramadhan 2013

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama blog ni dibiarkan sepi tanpa entri. Hahaha. Kemalasan melanda atau ketandusan idea? Sebenarnya, banyak je cerita, cuma tak berapa ada masa yang sesuai untuk menaip.

Braces
Entri yang sangat excited. Saya sudah pakai BRACES! Sebelum ni, hanya bercita-cita saja, sebab rasa macam takut dan tak mampu nak pakai. Finally, dream comes true! Whooaaa! Wajar la kan nak excited tahap infiniti. Hehe. 

#1 
So, sebelum pakai, saya dengan laju-laju google klinik ortodontik yang berdekatan. Padahal, sebelum ni, sepupu saya, Kak Aisyah (doktor gigi di GH Penang) dah suruh saya pergi buat braces di klinik pakar ortodontik, tak silap area Permatang Pauh. Klinik yang senang nak reach. Alhamdulillah, dah jumpa. Hihi. Thanks to Kak Ina sebab tunjuk jalan ke klinik ni.
Klinik Pergigian Pakar Ortodontik Pauh (Dr. Hani Zuhairah Dato' Md. Isa)
No. 22, Tingkat 1, Lorong Pauh Jaya 1/1,
Taman Pauh Jaya, Jalan Baru,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel.: 04-3990222
Dengan penuh keazaman, saya pun pergi ke klinik tu untuk x-ray dan moulding. Result: Quite good because only a tooth needs to be extracted/removed plus scaling and polishing teeth. Hahaha. Gigi depan yang terkeluar tu (lower left central incisor). Sakit cabut gigi tu sikit je sebab bukan gigi geraham tapi berhari-hari jugak la makan minum berdarah. Hehe. Ramai jugak orang tegur, "Eh, cabut gigi ye Fiza?" *senyum malu-malu walaupun sebenarnya tak malu jadi rongak*
  • X-ray and moulding = RM190
  • Extract tooth = RM70
  • Scaling and polishing = RM70

#2
Lepas 3 hari cabut gigi, booked appointment lagi. Jatuh pada hari Isnin, 8 Julai 2013. Hari ini dalam sejarah sebab hari pasang braces. Saya pilih buat braces yang harga RM3900 (traditional, not damon system), sebab murah dan nampak natural pakai braces (sebenarnya nak elastic ties yang colourful!). Memang superb, pasang untuk gigi atas dan bawah sekaligus. Masa pasang braces ni, tak sakit. Ok, sakit sikit sebab kena macam kena tekan dekat gigi geraham sebelah atas tu. Then doktor suruh pilih colour untuk elastic ties, jadi blurred. End-up pilih purple, tak sangka matching pulak dengan tema baju raya tahun ni. Hehe. Hanya lebih kurang 30 minit je, siap! Cepat kan? Lepas siap pasang tu, boleh pulak terkejut sebab dah pasang! *noob, sebab ingat mungkin sejam lebih*

  • Down-payment = RM1000
  • Oral care products = RM54 (refer to pictures below)
From google:
Toothpaste

Mouthwash

Tooth brush

InterBrace brush
Once being 'si gigi besi', I'm just feeling weird and unable to close mouth properly. Haha, it's normal, right? Nampak agak hodoh, tapi abaikan sebab nak gigi aligned dan tak bersembur air liur bila bercakap dengan excited. Haha. Kuat zemangat dan kena tahan sakit.
Braces mode: ON!

Selepas tu, susah la sikit nak makan sebab sakit, gigi terasa ditolak-tarik dengan hebatnya. Doktor pun pesan suruh makan makanan yang lembut-lembut. So, makan bubur. Tak lama, beberapa hari je. Alhamdulillah saya seorang HERBALIFER. Lapar sikit, minum shake. Hehe.

#3
Hari ini sudah genap 1 minggu dan 2 hari saya ber-braces. Bermula dalam 2 hari sebelum berpuasa gitu. Sekarang dah rasa biasa dan berus gigi pun jadi tabiat lepas makan. Sekarang ni rajin pulak pergi survey barang-barang untuk oral care. Hihi. 

Nota kaki:

  1. Salam Ramadhan untuk anda semua. Jom berpuasa bersama HERBALIFE! Nak tahu lebih lanjut? Tanya saya bagaimana!
  2. Gigi atas dah bergerak. Waktu pasang braces, macam simpang siur, sekarang nampak dh 1 line tu :B

21 comments:

  1. Salam...awak buat ats bwah ke hrga cmtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Maaf ye, saya baru perasan ada komen kat sini. Ya, saya buat braces atas bawah = RM3900 sahaja. Ni mungkin harga di Penang (mainland). Recently, kawan saya buat di KL tak silap dalam RM6000.

      Delete
  2. Salam, boley sy tau cam mana outcome dia after pakai braces?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sekali lagi, saya minta maaf ye. Baru perasan ada komen.

      So far, outcome lepas pakai braces ni memang terbaik. Gigi saya bahagian atas sebenarnya agak jarang. Jadi, gigi atas nampak lebih rapat. Bahagian bawah, sebatang gigi dah dibuang dan sekarang makin rapat.

      Apa yg bagus tentang pemakaian braces ni, penjagaan gigi kita lebih rapi dan konsisten. Gigi nak sentiasa bersih je sekarang ni! :D

      Delete
  3. Salam akak , saya pun pakai braces jgk . Akak slalu check dkt mna ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm adik! Akak selalu check up dekat Klinik Ortodontik Permatang Pauh. Area Jalan Baru tu :B

      Delete
  4. salam..hye...sy br nk pasang braces..emm nervous pon ada..tp gg xda la truk pon..huhu..isnin ni appointment...n nk tya awk cbut gg dekat klinik krajaan or swasta...sbb klinik pakar 2 xcabut kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Maaf ye. Sekarang dah jarang tengok blog. Oh time saya, kena buang sebatang gigi je. So nak cepat saya pegi je dekat klinik swasta. Iya, kalo klinik orthodontik tu memang dia tak nak cabut..

      Delete
  5. salam..hye...sy br nk pasang braces..emm nervous pon ada..tp gg xda la truk pon..huhu..isnin ni appointment...n nk tya awk cbut gg dekat klinik krajaan or swasta...sbb klinik pakar 2 xcabut kan...

    ReplyDelete
  6. Rm3900 byr terus @ byr pendahuluan dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayar downpayment dlu = RM1000

      Monthly = RM200

      Sampai la genap RM3900 tu (include nnt nak pakai retainer)

      Delete
  7. Salam,nk tnya bulan2 byar 200 smpai ckup 3900 kn.kalo kta kna pkai lma mgkn 2 3 taun bulan2 kira mcmna? Ttp kna byar sbln 200 smpai bka ka or termasuk dgn harga 3900 2.

    ReplyDelete
  8. Wslm. Iya, kena bayar RM200 sampai cukup RM3900. Then bayar RM500 untuk retainer (yang ni asing) bukan termasuk dalam RM3900 tu. If kita still nak pakai lebih lama, myb kita kena tambah monthly RM200 utk elastic ties (getah colorful tu). Kalo macam nak tahu lebih detail, better contact klinik. No fon saya ada mentioned kat atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as-salam akak...sy pelik skjap akak ckp rm3900 tu termasok retainer skjap x...yg mna satu nih..mohon pencerahan....tq akak ;3

      Delete
  9. salam.. kalau first time pegi kena appointment tak? then ari ahad buka tak ?

    ReplyDelete
  10. Sy dh col tp xpenah brjwab la..sy col time ofs hour.bnyk kali dh col.ada no.fon lain x?

    ReplyDelete
  11. hai ,, boleh saya tahu tak waktu operasi klinik dr hani

    ReplyDelete
  12. Haii, saya try call klinik tu, lepas tu suara operator yg jawab mintak access code, huhu,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...