Bismillahi rahmanirahim~
Assalamualaikum w.b.t.
Dalam mood nak jadi isteri orang. Haha. Ok jugak untuk baca dan review pasal marriage. Sebaiknya. Bukan prepare untuk wedding sahaja. Mohon lihat persamaan di bawah.
Sedikit pesanan daripada Hilal Asyraf melalui fanpage fb beliau. Berkongsi di sini agar bermanfaat.
Marriage = Lifetime
Wedding = Once in life
Antara perkara paling banyak dipesan berkenaan perkahwinan dan mengemudi rumah tangga kepada saya ialah:
"Sabar."
Dua manusia bersatu, hidup bersama, bukan sebentar, bukan manis pula suasananya sentiasa.
Dua manusia ini mempunyai jiwa masing-masing, minda masing-masing, kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sabar adalah pengikat untuk dua manusia ini saling bertolak ansur, kenal mengenali, mendalami satu sama lain dan cuba menjadi pelengkap sesama mereka.
Sabar inilah yang kalanya rumahtangga dilanda badai, atau keaiban/kekurangan pasangan terserlah, menjadi simen yang menghalang rumahtangga dari terus meretak.
Maka didiklah diri dengan sabar, sebelum sibuk untuk berumah tangga.
No comments:
Post a Comment