5 Dec 2011

Teguh berdiri

Bismillahi rahmanirahim~

Alhamdulillah. Website yang saya ada sebut dalam post sebelum ini dah pun 90% siap. Syukur sangat-sangat sebab ada yang mengajar cara menggunakan C-Panel dan Wordpress bagi membina website. Terkial-kial juga pada mulanya, nasib ada kawan yang membantu.

Ok, ini website yang telah siap dibina. Semoga dengan adanya website, sekolah ini akan lebih maju lagi. Insyaallah. 
Sekolah Sinar Harapan Bukit Mertajam
.....

Akhir-akhir ini, hati mudah tergugat dengan ujian yang didatangkan oleh Allah. Sedih, kecewa, marah mula bersimpul menjadi satu. Sabar adalah jalan yang terbaik. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Semoga terus tabah dan redha dengan dugaan ini. 



Muhasabah dari Prof. Dr. Muhaya:
‎"Lihat apa kaca mata kita pakai hari ini. Jika kaca mata mencari kesilapan dan fokus kita mencari kesilapan maka itu kita nampak dan akan buta pada semua kebaikan di depan mata kita. Mula cari kesilapan kita dan betulkan diri hingga tiada tenaga untuk melihat kesilapan orang lain. Lihat keluarga kita dan jangan sekali-kali bajet bagus dan rasa kita lebih baik dari orang lain. Setiap kali kita komen orang lain lihat sama ada kita ada sifat ini dan banyakkan istighfar. Lihat apa yang kita lihat setiap hari di Facebook. Jika keburukan, itulah diri kita hari ini dan esok hari dan selamanya dan di akhirat nanti"

Nota kaki: Fiza rasa tak perlu lagi sedih. Hari ini. *Senyum*

2 Nov 2011

Rezeki tak terhingga

Bismillahi rahmanirahim~

Alhamdulillah, majlis konvokesyen saya dah pun berlalu. Sekarang adalah masa untuk menumpukan 100% terhadap kerjaya :P

Dari Vi.sualize.us. Menarik!
Perlu renovate jadual kerja dan mendapat tugas baru dari pihak sekolah iaitu tempat kerja: Renovate website sekolah, yang mana saya akan belajar membuat website. Memang susah sebab sudah biasa dengan blogspot. Kali ini, menggunakan domain sendiri. Sesiapa yang boleh menolong, dialu-alukan. 

Tak lupa juga, syukur kepada Allah. Walaupun saya bekerja di NGO dan fahamlah gajinya sebanyak mana saja..Allah berikan rezeki yang murah kepada saya. Ada pensyarah yang mempunyai anak istimewa menawarkan locum selepas waktu bekerja. Alhamdulillah..





Aturan Allah memang terbaik untuk kita!

6 Oct 2011

Moga tabah

Bismillahi rahmanirahim~

Masuk bulan ketiga bekerja. Alhamdulillah, moga Allah merahmati dan memberkati rezeki yang dilimpahkan-Nya. 
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah; dan Engkaulah yang menjadikan dukacita itu menjadi mudah jika Engkau menghendakinya.”

Masuk bulan pertama memandu ke tempat kerja. Alhamdulillah, moga Allah melindungi hamba-Nya ini.
“Segala puji bagi Allah,Maha suci Allah yang menyediakan kenderaan ini untuk kemudahan kita dan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kitalah, kita akan kembali.”
.........


Seorang diri di situ. Kena kuat, sabar dan berpendirian. Berdiri untuk hak sendiri. Dugaan..tak usah dikata, memang tak cukup jika dihitung dengan jari. Yang terbaru, memang meruntunkan jiwa kecil ini..tapi biasalah. Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Betul?
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Masalah yang dilalui mematangkan jiwa, mematangkan akal, mematangkan peribadi. Hari ini, bila saya mengatakan saya mahu melakukan sesuatu dan saya akan lakukannya kerana, saya sudah masak dengan mereka dan saya mula berjaga-jaga dalam mengatur langkah. 

.........

Dalam tempoh bekerja ini juga, saya terharu melihat adik-beradik yang datang menjalani terapi dengan saya. Kedua-duanya tak mampu berjalan dan bertutur. Bermasalah dalam motor kasar dan juga motor halus. Ceritanya..minggu lepas. Bila tiba waktu rehat, adik-beradik ini akan dibawa oleh bapa mereka untuk makan pagi. Saya hairan melihat si abang yang belum menyentuh makanan. Rupanya, dia menunggu si adik, yang masih menjalani sesi terapi dengan fisioterapi. Apabila si adik muncul dari pintu bilik fisioterapi, si abang mengesot dan menjerit-jerit tanpa butir kata, sambil melambai-lambai memanggil adiknya dengan muka gembira - memanggil si adik untuk makan bersama-sama. Sungguh. Hati saya tersentuh. Mereka yang serba kekurangan masih menunjukkan kasih sayang kepada adik-beradik sendiri..

.........

Di sini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada abah dan mak. 

Abah banyak berkorban untuk saya. Abah menghantar dan menjemput saya sepanjang tempoh sebulan bekerja. Belikan kereta (dan saya hanya membayarnya setiap bulan), mengajar dan menemani saya yang tak cekap memandu selama sebulan sehingga saya yakin dan dapat memandu sendirian ke tempat kerja dan ke mana-mana. Mak juga sama seperti abah, banyak berkorban untuk saya. Mak selalu memberi perangsang..menguatkan semangat dan mengingatkan "tangan dan kaki bekerja, tapi hati mengingati Allah" dan kata-kata mak umpama pengubat hati. Saya jatuh, mak ada di sisi. 

Terima kasih untuk abah dan mak yang sentiasa memberi sokongan kepada saya sepanjang 23 tahun ini. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya..saya selalu doakan..
“Ya Allah! Ampunilah aku, kedua ibu bapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.”


Nota kaki: Konvo saya jatuh pada 22/10 ini :)

18 Sept 2011

Sering menyakitkan dan mengecewakan

Bismillahi rahmanirahim~

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Menyakitkan?
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

Sumber: Hariz Khair Ad-Deen, iluvislam.com

28 Aug 2011

Berakhirnya Ramadhan..

Bismillahi rahmanirahim~

Hari ini adalah hari ke-28 umat Islam berpuasa dan malam ini pula adalah malam terakhir untuk bersolat terawih. Sedihnya. Tak tahu sama ada tahun depan sempat berjumpa dengan Ramadhan lagi atau tak. Paling gembira untuk Ramadhan kali ini adalah Maksu. Maksu terpilih menjadi tetamu Allah; menunaikan umrah di Tanah Suci. Maksu teramatlah gembira dan secara tak langsung, meniupkan semangat kepada kami yang belum ke sana. Berkobar-kobar rasanya nak ke sana. 

Dari Google
Imbas kembali
Saya mendapat tawaran bekerja sebagai jurupulih carakerja (occupational therapist) di salah sebuah sekolah khas, di bawah naungan NGO seminggu sebelum menjelangnya Ramadhan dan memulakan tugas pada 3 Ramadhan. Syukur, dekat dengan rumah, maksudnya tak perlu menyewa sepanjang bekerja di situ. Rezeki juga menjadi melimpah-ruah..dan berpeluang melihat sendiri dengan orang tertinggi di dunia (time berbuka anjuran Nashmir Holding). Hehe. Rasa macam tak percaya.

Buat masa ini, saya perlu mengendalikan kelas Early Intervention Program (EIP) bersama seorang guru, tetapi guru tersebut cuti bersalin selama 2 bulan. Jadi, Fiza take over kelas guru itu dan mengendalikan bilik snoezelen (multi-sensory room), yang mana equipments dalam bilik tersebut kebanyakannya berfungsi secara automatik. Oh, tak lupa juga, saya ada bilik sendiri, bilik untuk terapi. Hehe, excited.

Seronok juga bekerja, tapi mencabar. Saya seorang di situ. Berbincang pun dengan jurupulih anggota (physiotherapist), untuk sesetengah rawatan/terapi yang kami dah jalankan. Cuma sekarang, apa yang saya plan untuk kanak-kanak yang datang untuk terapi, berjalan lancar sepanjang sebulan ini. Insyaallah, banyak lagi plan yang saya akan lakukan selepas habis cuti nanti.

Sekarang
Saya dah ada banyak tanggungjawab semenjak habis belajar dan bekerja. Oh, saya juga ada buah hati yang hensome iaitu Whitey yang stylish. Hehe. Sedang belajar membawa Whitey, supaya saya jadi cekap untuk beberapa masa akan datang.

Di sini juga, saya nak mengucapkan:



Maaf Zahir Batin, jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara..
buat sesiapa sahaja yang mengenali diri Fiza.

Nota kaki: Semoga Allah memberi peluang, dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan..

12 Aug 2011

Kegembiraan Ramadhan

Bismillahi rahmanirahim~

Ramadhan Kareem.



Seluruh Ramadhan bersama keluarga. Alhamdulillah.





"Setiap amal mempunyai masa semangat dan setiap masa semangat terdapat pula masa turun semangat (fatroh). Barangsiapa yang masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku maka ia telah mendapat petunjuk. Dan barangsiapa yang masa lemah semangatnya berada pada selainnya maka ia celaka" (HR Ahmad)
.........


Akan datang dalam masa beberapa bulan lagi..Alhamdulillah..
Masa yang ditunggu-tunggu

19 Jul 2011

Perasaan tak bernama..

Bismillahi rahmanirahim~


"A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th."

 

 
Sungguh. Hati terusik.

6 Jul 2011

Menulis

Bismillahi rahmanirahim~

#1
Mendapat tawaran kerja pada minggu lepas di satu foundation yang menarik di Bangsar, dengan specialization yang saya minati; lagi bertambah minat bila dikatakan sewaktu temuduga yang mana "This foundation is more focus on your career development" (Pakej ini memang menarik). Jujurnya, memang teringin nak bekerja di situ, tapi tak mampu rasanya. Kena beringat kehidupan di KL semacam mana. Dan, untuk momen ini dan seterusnya, saya tak terfikir lagi untuk sambung belajar sepertimana diperlukan oleh foundation tersebut. Baru penat habis belajar, kena belajar balik..ambil diploma pula - Diploma in Special Education dalam masa 6 bulan (boleh jadi abnormal saya..diploma biasanya ambil masa lebih kurang 3 tahun!).

Pengakhiran, saya tolak selepas beristiqarah beberapa kali. Alhamdulillah lega rasanya. Insyaallah pilihan ini tepat. Jadi, sekarang saya apply di centre lain, di Penang sudahlah. Mak abah lebih suka saya bekerja di sini. Saya percaya restu dari kedua ibu bapa sangat penting. Saya nak cari berkat dalam pekerjaan yang akan saya lakukan, tak mahu tekanan yang akan wujud seterusnya membebankan saya.

Kesimpulannya, bukan aci redah je kalau nak kerja sekalipun. Betul tak?

#2
Ada orang kata, saya ini macam "cakap-tak-serupa-bikin". Jadi, kesimpulan, saya agak tak layak mengajak atau menulis bahan-bahan/perkara-perkara Islamik. Terima kasih. Untuk nasihat awak beberapa minggu lepas. Hati saya sedih, tapi ini biasa. Ya, dari mata awak, memang saya tak layak..tapi sungguh, saya 'mengajak', saya nak mengingatkan diri saya sendiri dan saya 'menulis', terapi untuk diri saya sendiri. 

Google dari Islamic Quotes (mungkin)
Apa-apa hal pun, terima kasih sekali lagi buat awak, sekurang-kurangnya, saya rasa bersyukur, ada lagi yang masih sudi menegur supaya saya tak lalai. Tak ketinggalan bila dia menegur saya untuk hal lain yang tak tersebut di sini. Sungguh, teguran awak buat saya berfikir, bukan sejam dua, tapi berhari-hari. 

Sampai ke hari ini, sebagai kawan, saya respect awak. Awak kawan yang baik. Sungguh. Kadang-kadang, tindakan dan tutur kata saya tak matang, walaupun sudah 23. Saya mintak maaf jika terkasar bahasa sepanjang kita berkawan.

#3
Sejak habis latihan klinikal bulan Februari lepas, berat saya bertambah dengan tak konsisten sekali. Terkini, berat sudah stabil. Muka pula ada banyak major breakout! Tak faham kenapa, tapi mungkin stress. Secara lahiriah atau zahirnya, saya nampak biasa, tak macam stress. Jika stress secara batinnya, saya tak tahu. Mungkin stress tak buat apa-apa lagi..lebih tepat tak bekerja lagi. 

Saya tahu, ada kawan-kawan sekelas yang dah mula bekerja. Tapi saya belum. Ada kawan-kawan baik berpesan, jangan letak diri di sebelah kawan-kawan yang dah bekerja..kira jangan bandingkan diri saya dengan mereka. Tapi, fikir secara positif - dapat bersama mak abah dan adik-adik. Kesimpulannya, sekarang saya bahagia. Biasalah manusia..

Akan rindu masa-masa lapang bila sibuk nanti
Akan rindu masa muda seperti sekarang
Akan rindu masa sihat seperti kini. 

Nota kaki:
  1. Entri masa lapang.
  2. Terima kasih kawan.
  3. Pergerakan saya ke mana-mana jadi terbatas bila transport tiada.
  4. Saya rindukan seseorang dan dia perempuan comel. Khadijah!

6 Jun 2011

Menyusuri hidup

Bismillahi rahmanirahim~

Kepada-Nya kita kembali  
Minggu lepas, seorang kawan dari sekolah menengah saya telah kembali kepada-Nya. Sangat terkejut, memandangkan kami sendiri tak mengetahui yang arwah menderita dari brain cancer (berdasarkan update dari group) sejak 2 tahun lalu. Arwah pak lang sendiri sudah pulang kepada Dia, (juga menderita dengan penyakit yang lebih kurang sama, cuma beza dari segi manifestation saja) semasa saya masih dalam data collection untuk mini thesis di Hospital Seberang Jaya. Sedih. Tapi, sudah sampai masanya..

Islamic-quotes.tumblr.com
Semua ini kuasa-Nya, sepertimana disebut dalam ayat kedua terakhir dalam Surah Yasin. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah di kalangan mereka yang beriman. Amin.

Mencari diri
Saya sangat suka novel Versus. Terpanggil mencari diri sendiri setiap kali mengulang baca. Sebabnya, saya nak cari semangat. Semangat untuk berubah - menjadi baik. "Kita akan bertanya soalan itu pada diri sendiri at some point dalam hidup". Fiza akan ingat quotes dari novel ini, dipetik dari Ol'Joe:
"You'll never reach perfection because there's always room for improvement. 
Yet, along the way to perfection you'll learn to get better."
Memang payah untuk beristiqamah dan bermujahadah, tapi kena berusaha dan tetapkan hati. Insyaallah. Sekurang-kurangnya sebagai seorang yang lemah, saya ada tergerak hati untuk ini.


Muhasabah


"Tetapkan imanku..sentiasa pada-Mu..berserah pada-Mu.."

Nota kaki:
  1. Rasanya, memang ada orang yang nak jadi baik dan mereka itu ramai. Salahkah saya nak jadi semacam tu?
  2. Perubahan tak selari? Saya hanya mampu berdoa dan juga berusaha. Allah yang menentukan..

19 Apr 2011

6 days to go!

Bismillahi rahmanirahim~

Tinggal 6 hari lagi, debaran semakin terasa. Moga Allah permudahkan setiap urusan hamba-Mu ini. Insyaallah, semua ini untuk abah, mak dan adik-adik. Buat yang terbaik!~

Kena bermotivasi. Gambar hiasan dari vi.sualize us

Nota kaki: Tak sabar nak habis..tapi sayang nak tinggalkan kawan-kawan.

11 Apr 2011

16 days to go!

Bismillahi rahmanirahim~

The countdown begin..
as 4 years, waiting for this..
may He ease me..

Visualize me!

Source of this quoted picture: http://spiritneverdies.tumblr.com/page/7

20 Feb 2011

Sedetik, bahkan sekelip mata

Bismillahi rahmanirahim~

Alhamdulillah, syukur beribu kali syukur..18 Febuari 2011 lalu, tamatlah praktikal tahun akhir saya. Secara jujurnya, segala beban seperti sudah pergi, walaupun 'misi besar' tahun akhir tidak dapat diselesaikan lagi. 

Bayangkan, sewaktu berpraktikal di Pediatrik, banyak 'requirement' yang diminta oleh preceptor dan head of department (HOD), tak mampu rasanya untuk dipenuhi semuanya. Ditambah pula dengan kesihatan yang tidak menentu - memberi rawatan dalam keadaan yang kurang sihat semestinya memenatkan dan rasa tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan. Maaf. Bercakap fasal emosi pula, jujurnya sangat tidak stabil - banyak yang perlu dipertimbangkan. 

15 Febuari lepas, cuti Maulidur Rasul, saya balik ke rumah seorang diri. Di atas feri, mula bermuhasabah diri, memikirkan baik buruk tindakan sendiri. Bila dikenang, lagu Opick terngiang-ngiang di telinga..
Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Kerana kemurahan-Mu
Kerana kasih sayang-Mu
Selepas pulang dari rumah pula, perasaan bercampur-baur. Segan, malu dan kecewa bertandang di hati. Tapi, untuk segalanya, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Atur cara Allah paling sempurna.




Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

Sekadar mencari kekuatan dengan bermuhasabah diri. Bak kata-kata Dr. Danial Zainal Abidin dalam kelas tafsirnya minggu lepas, perkataan 'kalau' yang disertai dengan perasaan kecewa, adalah sangat tidak baik. Bahkan sewaktu itu, syaitan sudah menyelinap di dalam hati kita. Ya, jangan sesekali perasaan itu ada. Sudah-sudahlah dengan perasaan yang tidak enak ini - sedih dan kecewa. Jalan yang terbaik, saya serahkan segalanya pada Al-Azim, atur cara-Mu yang paling sempurna.

Nota kaki: Insyaallah, ada jalannya..seperti nyanyian Maher Zain dalam versi Bahasa Melayu. 

15 Jan 2011

Permulaan yang baru

Bismillahi rahmanirahim~

10 Januari 2011 lepas adalah hari pertama masuk ke lapangan klinikal yang seterusnya, iaitu Pediatrik. Dugaan yang datang, dalam bentuk dan cara yang lain pula. Jujurnya, banyak yang kena refresh-kan knowledge, memandangkan sudah 1 tahun setengah meninggalkan lapangan ini. Apa yang saya perlu belajar dan perbaiki termasuklah assessment dan treatment yang patut diaplikasikan, macam mana nak handle patient yang terdiri dari pelbagai diagnosis dan berdepan dengan cabaran yang tak diduga...yang mana diri sendiri tak tahu.

Sudah 1 minggu berada di Pediatric Inpatient, yang mana merangkumi Pediatric ICU, Pediatric Oncology dan General Pediatric Ward. Tak lupa juga Maternal Hospital; saya dan therapist incharge akan ke sana untuk bayi yang baru menjengah dunia. Kebanyakan bayi di situ, ada yang lahirnya premature - low body weight, treatmentnya lebih kepada Infant massage, untuk menstimulasikan tumbesaran bayi tersebut. Jika bayi yang mengalami hydrocephalus - bermasalah untuk sucking (yang mana sucking adalah salah 1 primitive reflex untuk bayi), treatment yang diaplikasikan adalah oral motor stimulation; fokus kepada untuk menstimulasikan sucking bayi tersebut. Sangat menarik dan menyentuh hati ketika berada di sini.

Sebenarnya, dalam tempoh seminggu itulah, perasaan down, terasa kecewa dengan diri sendiri, berdasarkan performance dalam minggu ini. Patut bermuhasabah diri.



"Kadang-kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang-kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang-kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, ingatlah kebekatan dalan hidup ini perlukan hijrah ke arah yang makruf.

Segala hijrah yang kita lakukan ke arah yang baik pasti Allah berkati. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, 'Sebaik-baik manusia itu adalah yang bermanfaat'. Dan untuk menjadi orang yang bermanfaat, tidak semestinya kita perlu jadi orang yang berjaya, bekerjaya dan berpengaruh".

Nota kaki: Moga esok lebih baik dari hari in. Misi - study, refresh knowledge, apply dan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...