25 Sep 2012

Kehidupan Menyapa

Bismillahi rahmanirahim~

Assalamualaikum w.b.t.

Fuh, fuh. Bersawang sungguh. 

:) :)

Sekadar sedikit update. Saya petik daripada Kalam Hikmah daripada majalah al-Ustaz:

Berhati-hatilah...


Berkata Imam al-Syafi'i:

"Sesiapa yang menceritakan aib orang lain kepadamu, ia akan menceritakan aibmu kepada orang lain.

Sesiapa membawa berita orang lain kepadamu, ia akan membawa beritamu kepada orang lain.

Sesiapa yang berlebihan memujimu jika engkau menggembirakannya, ia akan berlebihan mencelamu jika engkau memarahinya"  

(Riwayat Imam al-Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafi'i, jil. 2, hlm. 198)

.......

Ini benar. Kadang kala datang seseorang dalam kehidupan kita seperti mana dikisahkan seperti di atas. 'Sesiapa itu' adalah seseorang benar-benar 'convincing' dalam setiap percakapannya. Kita seperti tidak tahu apa agendanya. Tak percaya? Anda mungkin akan mengalaminya sendiri. Saya pernah mengalaminya sepanjang setahun bekerja. Pesanan saya - berhati-hati! 


Nota kaki:

  1. Sebenarnya, adalah baik untuk husnuzon (berbaik sangka) terhadap sesama manusia. Tetapi, dalam masa yang sama, biarlah kita berhati-hati.
  2. Saya akan update berkaitan gambar di bawah nanti. Insyaallah.
Tiba-tiba promote Herbalife pulakk! :B

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...