Showing posts with label belajar dan terus belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar dan terus belajar. Show all posts

18 Nov 2013

Bride-to-be: Dating lovelies and contact lens

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.
4 hari lagi untuk majlis akad nikah
5 hari lagi untuk majlis resepsi saya
6 hari lagi untuk majlis resepsi abang
Berpeluh-peluh jugak ni. Apapun, saya dah mula bercuti. Semalam saya dan Ieja keluar untuk date sebentar dengan Zawani. Ohmy, lama sangat kami tak jumpa Zawani. Untuk Zawani, terima kasih! Hadiah comel sangat *suka,suka!

Ieja dan Zawani ni memang room mates and course mates daripada Semester 1 lagi. Kira memang sahabat habisan! Sayang depa dua ni. Berbeza dengan Zawani, Ieja saya boleh selalu jumpa sebab Ieja memang akan datang kerja di centre sebelah bangunan tempat kerja saya. Zawani di Melaka. Oh, lupa mentioned, Ieja memang big bos yang minat buat bakeri semua tu. So katanya, nak sponsor kek kahwin. Hip, hip hoooraayy. Saya tak mau buat kek sebab rasa tak perlu dan bazir kot. Haha! Dah rezeki, so better say, Alhamdulillah :)


Semalam dan hari ni, saya berpraktis untuk pakai contact lens. Waaahhh, benda paling saya takut. Hahaha. Ok lens dah selamat saya cuci. Kejap lagi nak pakai pulak. Ok, saja nak cerita dan kongsi sikit. Saya ada kawan yang memang OPTOMETRIS di kedai optik dan hospital. Leha yang suggest saya untuk pakai contact lens brand Air Optix dan guna Bausch+Lomb saline and multipurpose solution. Thank you Leha sayang!

Here, I shared a video on how to 'manage' the contact lens. Tak aci, video review Acuvue! Hahaha


5 Dec 2012

Verify Blog

Bismillahi rahmanirahim~

Assalamualaikum w.b.t.

Mohon verify blog sekejap, untuk mengelak daripada serangan malware yang bertali arus!




google-site-verification: google119145b750a1a6f4.html

3 Dec 2012

Sedikit update: #1 Zero 2 Hero

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni baru nak update. Setelah 2 minggu bersawang. Oh, sebenarnya, dah 2 minggu balek dari Bukit Gambang, Kuantan.

Wow!!

Zero 2 Hero sangat luar biasa!!

Sangat teruja! Sebelum ni, saya hanya pengguna produk Herbalife. Masih rabun ayam bila coach cakap-cakap pasal peluang dalam Herbalife. Pertama sekali, jutaan terima kasih buat rakan sekolah saya, merangkap coach, iaitu Zalina. Beliau yang mengajak saya berkali-kali tanpa jemu walaupun berkali-kali juga saya menolak. Alhamdulillah. Event ini banyak mengajar, membantu dan mula mengubah saya, mungkin 90-180 darjah. Hehe. 

Alhamdulillah, sekarang, saya decide untuk buat Herbalife secara part-time, dengan sokongan padu daripada mak dan adik-beradik. Tak lupa coach dan kawan-kawan.

Apa yang saya pelajari daripada Zero 2 Hero?


Saya belajar tentang kesabaran dan pengorbanan daripada orang-orang yang telah berjaya dalam Herbalife. Belajar banyak hal tentang produk nutrisi dalaman dan luaran. Apa yang saya ingin tahu, iaitu peluang dalam Herbalife!! Seriously, it's worth to invest about RM260 for this event! Banyak pesanan daripada mereka yang telah berjaya, seperti:

  1. Jangan putus asa, sebab itu prasangka kepada Allah 
  2. Makan produk, bercakap dengan orang dan ikut semua event
  3. Sesiapa yang masih ada ibu bapa, berbaktilah kepada mereka!
  4. Jika kamu mahukan sesuatu, bangun malam, SOLAT TAHAJUD!
  5. Pentingnya mengikuti semua event dan training yang dianjurkan Herbalife
  6. Ada banyak cara dalam daily methods operation (DMO), jadi pilih tiga terus
  7. If you find it is important to you, you will find a way

Banyak kan? See, memang rugi kalo tak join Zero 2 Hero ni, lebih-lebih lagi, ini event yang dibuat oleh Malay market! Most people yang attend memang mempunyai aim yang sama. Oh, sebenarnya, saya excited sebab kiri-kanan, depan-belakang semua consume Herbalife!! Hehe. Teramatlah best!

Lebih kurang menghampiri slot terakhir pada hari kedua, Team President 20K iaitu Pak Yang dan Mak Yang tampil memberikan kata-kata semangat buat kami semua. Teruja!! Banyak sangat nasihat yang mereka berikan, kongsi dan tak putus-putus berpesan.. 

Semua bermula apabila kita buat keputusan untuk berubah. Setiap keputusan adalah pilihan dan keberanian juga satu pilihan!
Jujurnya, saya bukan datang daripada keluarga yang senang, malah sangat sederhana. Jadi, apa yang saya inginkan sekarang adalah saya dapat membantu diri saya sendiri dari segi kewangan dan untuk keluarga, saya terlalu banyak impian untuk mereka. 


IMPIAN ADALAH KEKUATAN KITA!  

Saya pegang kata-kata di atas. Insyaallah.


Sedikit perkongsian video yang kami tonton di Zero 2 Hero. 



Nota kaki: "Learn to enjoy the pain!"

29 Oct 2012

Review: Majalah comel, kompak tapi bermanfaat

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini, saya akan berkongsi tentang satu majalah comel yang saya baru temui beberapa minggu lepas. Majalah yang saya cari-cari selama berbulan-bulan.
JOM!
Sebenarnya, majalah JOM! berkisarkan tentang dakwah, usrah, tarbiyah. Macam kita boleh lihat pada gambar di atas. Tagline, "Dakwah itu Mudah - Bukan sekadar kewajipan tetapi gerakan yang menghidupkan!". 

Saya pasti, sekarang ramai dah kenal apa itu usrah. Cuma tak begitu mengenali maksudnya sedalam yang mungkin. Saya tak terkecuali. Walaupun pernah mengikuti usrah dan menyertai daurah, sebenarnya banyak yang saya tak tahu. Apa yang pasti, saya boleh simpulkan..jika kita tak mengenali sesuatu daripada akar umbinya, kita mungkin tak mencintainya sepenuh jiwa. 

Usrah juga begitu. Seperti mana elemen-elemen asasnya yang perlu diketahui, untuk mengalir seiring bagi mengukuhkan ikatan usrah:
  1. Taaruf (perkenalan)
  2. Tafahum (memahami)
  3. Takaful (bantu-membantu)
Jadi, bagi mereka yang betul-betul ingin mengenali apa itu usrah..saya cadangkan, bacalah majalah comel ini. Memang betul-betul kompak, tapi sarat dengan ilmu. Jujurnya, ilmu saya tentang usrah juga masih sedikit dan cetek. Setelah membaca majalah ini, sedikit sebanyak, dapat membantu diri yang kekurangan ilmu ini.

Syabas kepada team JOM! yang berusaha menyediakan metod dakwah dalam bentuk tulisan! Sangat bermanfaat buat masyarakat hari ini! 

Nota kaki:

  1. Insyaallah, saya juga akan mencari kembali..arah tuju saya :D
  2. Akan update entri ini. Insyaallah!

25 Sept 2012

Kehidupan Menyapa

Bismillahi rahmanirahim~

Assalamualaikum w.b.t.

Fuh, fuh. Bersawang sungguh. 

:) :)

Sekadar sedikit update. Saya petik daripada Kalam Hikmah daripada majalah al-Ustaz:

Berhati-hatilah...


Berkata Imam al-Syafi'i:

"Sesiapa yang menceritakan aib orang lain kepadamu, ia akan menceritakan aibmu kepada orang lain.

Sesiapa membawa berita orang lain kepadamu, ia akan membawa beritamu kepada orang lain.

Sesiapa yang berlebihan memujimu jika engkau menggembirakannya, ia akan berlebihan mencelamu jika engkau memarahinya"  

(Riwayat Imam al-Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafi'i, jil. 2, hlm. 198)

.......

Ini benar. Kadang kala datang seseorang dalam kehidupan kita seperti mana dikisahkan seperti di atas. 'Sesiapa itu' adalah seseorang benar-benar 'convincing' dalam setiap percakapannya. Kita seperti tidak tahu apa agendanya. Tak percaya? Anda mungkin akan mengalaminya sendiri. Saya pernah mengalaminya sepanjang setahun bekerja. Pesanan saya - berhati-hati! 


Nota kaki:

  1. Sebenarnya, adalah baik untuk husnuzon (berbaik sangka) terhadap sesama manusia. Tetapi, dalam masa yang sama, biarlah kita berhati-hati.
  2. Saya akan update berkaitan gambar di bawah nanti. Insyaallah.
Tiba-tiba promote Herbalife pulakk! :B

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...