3 Dec 2012

Sedikit update: #1 Zero 2 Hero

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni baru nak update. Setelah 2 minggu bersawang. Oh, sebenarnya, dah 2 minggu balek dari Bukit Gambang, Kuantan.

Wow!!

Zero 2 Hero sangat luar biasa!!

Sangat teruja! Sebelum ni, saya hanya pengguna produk Herbalife. Masih rabun ayam bila coach cakap-cakap pasal peluang dalam Herbalife. Pertama sekali, jutaan terima kasih buat rakan sekolah saya, merangkap coach, iaitu Zalina. Beliau yang mengajak saya berkali-kali tanpa jemu walaupun berkali-kali juga saya menolak. Alhamdulillah. Event ini banyak mengajar, membantu dan mula mengubah saya, mungkin 90-180 darjah. Hehe. 

Alhamdulillah, sekarang, saya decide untuk buat Herbalife secara part-time, dengan sokongan padu daripada mak dan adik-beradik. Tak lupa coach dan kawan-kawan.

Apa yang saya pelajari daripada Zero 2 Hero?


Saya belajar tentang kesabaran dan pengorbanan daripada orang-orang yang telah berjaya dalam Herbalife. Belajar banyak hal tentang produk nutrisi dalaman dan luaran. Apa yang saya ingin tahu, iaitu peluang dalam Herbalife!! Seriously, it's worth to invest about RM260 for this event! Banyak pesanan daripada mereka yang telah berjaya, seperti:

  1. Jangan putus asa, sebab itu prasangka kepada Allah 
  2. Makan produk, bercakap dengan orang dan ikut semua event
  3. Sesiapa yang masih ada ibu bapa, berbaktilah kepada mereka!
  4. Jika kamu mahukan sesuatu, bangun malam, SOLAT TAHAJUD!
  5. Pentingnya mengikuti semua event dan training yang dianjurkan Herbalife
  6. Ada banyak cara dalam daily methods operation (DMO), jadi pilih tiga terus
  7. If you find it is important to you, you will find a way

Banyak kan? See, memang rugi kalo tak join Zero 2 Hero ni, lebih-lebih lagi, ini event yang dibuat oleh Malay market! Most people yang attend memang mempunyai aim yang sama. Oh, sebenarnya, saya excited sebab kiri-kanan, depan-belakang semua consume Herbalife!! Hehe. Teramatlah best!

Lebih kurang menghampiri slot terakhir pada hari kedua, Team President 20K iaitu Pak Yang dan Mak Yang tampil memberikan kata-kata semangat buat kami semua. Teruja!! Banyak sangat nasihat yang mereka berikan, kongsi dan tak putus-putus berpesan.. 

Semua bermula apabila kita buat keputusan untuk berubah. Setiap keputusan adalah pilihan dan keberanian juga satu pilihan!
Jujurnya, saya bukan datang daripada keluarga yang senang, malah sangat sederhana. Jadi, apa yang saya inginkan sekarang adalah saya dapat membantu diri saya sendiri dari segi kewangan dan untuk keluarga, saya terlalu banyak impian untuk mereka. 


IMPIAN ADALAH KEKUATAN KITA!  

Saya pegang kata-kata di atas. Insyaallah.


Sedikit perkongsian video yang kami tonton di Zero 2 Hero. 



Nota kaki: "Learn to enjoy the pain!"

1 comment:

  1. Why I love poker: Why do people hate it? - DRMCD
    The 의정부 출장마사지 reason 양산 출장안마 it 광주광역 출장샵 is important to consider when playing with online gambling is that you can 충청남도 출장마사지 make money gambling 밀양 출장샵 on your own. The best option is to play at online

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...