Bismillahi rahmanirahim~
Assalamualaikum w.b.t.
Bersemangat untuk update blog pulak malam-malam macam ni. Sebenarnya, banyak juga momen yang saya rasa patut dicatatkan di sini.
#1 Penghargaan
Akhir tahun. Sekolah akan ditutup, termasuk sekolah khas, tempat saya bekerja. Jadi, seorang murid saya, Zarif Mirza akan berpindah ke sekolah rendah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi. 2 hari sebelum sekolah ditutup, dia dengan penuh excited mula berceloteh pasal warna kad dan hadiah. OK!
Tadaa!! Terharu sangat! |
Kad ni, buat saya terharu sangat-sangat. Ok, cuba anda bayangkan. Zarif mempunyai masalah learning difficulty yang tak pandai pegang pensel dengan elok dan tak pandai menulis. In the end, pandai pegang pensel dan tulis sendiri. Maha suci Allah! Tak dapat gambarkan perasaan ni. Rasa nak nangis pun ada! Ya Allah, bantulah anak ini menghadapi masa depannya dengan lebih cerah dan bermakna. Amin!
Hadiah yang tak ternilai sepanjang lebih setahun bekerja.
#2 Berdiri atas kaki sendiri
Saya tak pernah shopping secara online sebelum ni. Jujur. Sekarang saya mula berdikari. Hehe. Dah umur 24 tahun ni.
Permulaannya, saya membeli buku secara online di PTS Bookcafe, iaitu novel yang susah untuk didapati di pasaran - Hafalan Solat Delisa. Sangat best; penceritaan, pembawaan watak dan emosi yang diadun dalam satu novel mini.
Kedua, saya dengan gembiranya membeli shopper bag dari Sometime Boutique selepas berkali-kali melawat dengan perasaan takda-harapan-nak-beli sebab kena pakai Visa. Nampak sangat tak reti huhu. Jadi, Aidiladha lepas, Sometime ada less up to 40%. Dah tak senang duduk. Lalu, adik kedua saya, Ati mula mengajar step-by-step cara untuk purchase barang. Best price = RM49 only!! FYI, beg kat butik ni lawa-lawa dan murah! Sesuai untuk mereka yang bercita rasa seperti saya, mahukan kelainan! Eh? Yang pasti goes for quality.
Stella Pastel Pink Shopper Bag by Eve |
Seterusnya, educational toys yang saya beli secara online juga daripada Kak Marliza, owner Moms & Tots Shoppe. Kualiti alatan bantu mengajar/terapi di kedai ni memang bagus. Oh, akak ni pulak sangat ramah, humble dan honest. Buat business sebab minat dan alhamdulillah, cara Kak Liza berniaga memang telus. Baki duit yang di-bank in akan dipulangkan. See? Mana ada kedai online macam ni (*Ke saya yang tak pernah jumpa lagi?)
Happy tengok mainan baru. Terus snap! |
Terbaru, produk Herbalife yang saya order online. Kali ini, saya beli produk baru yang belum pernah saya cuba. Alhamdulillah, produk-produk ni sampai sebelum saya pergi event Zero 2 Hero! Herbalife memang terbaik! Highlight lagi sebab kesayangan :)
Powder container, 1L poly carbonate water bottle, tea container & N-R-G tea! |
Kesimpulannya, seronok juga online shopping dan sense of independence. Hehe.
Nota kaki: Kena susun azam macam dalam buku S.M.I.L.E Irma Hasmie! Terbaik! :)
No comments:
Post a Comment