Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

15 Dec 2014

Penantian 9 bulan: Kini seorang IBU

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah berhabuk sekian lama..


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Isnin, 3 November 2014 bersamaan 10 Muharram 1436

Saya telah selamat melahirkan seorang baby boy yang comel dan chubby pada pukul 6.08 petang. Satu kurniaan Allah yang terhingga kepada saya dan suami. Harta yang tak ternilai sepanjang perkahwinan kami. Less than a year, we got him (as we were approaching our wedding anniversary). It was like our anniversary gift to us. Indeed, a GIFT from Him. InsyaAllah, kami akan jaga sebaik mungkin kurniaan ini.  

Penantian selepas 9 bulan dan 5 hari. Saya sebenarnya overdue. 40 weeks and 5 days. Syukur tak kena induced. Hehe. Alhamdulillah baby kami keluar pada hari yang senang diingati iaitu 10 Muharram, hari Asyura. 

Let me introduce, 

Our bundle of joy :)
Haidar
3 November 2014
6.08 p.m.
3.86 kg

Muka Haidar masih bengkak. Yela, baru lepas deliver dan post-date pulak. Hehe. Abahnya sangat excited. Lepas saya di-transferred ke wad, husband datang bersama mak. Beliau cium dahi saya (ok, ini syahdu pulak) dan ke terus jumpa Haidar. Azankan dan amek gambar!

Hari ini, masuk hari ke 42 saya berpantang. 

Tak lama lagi merdeka.

:)



13 May 2014

Kehidupan selepas bernikah: Bergelar Puan

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Wowww! Sepanjang bergelar isteri ni, tak pernah update blog! Hahaha pencapaian yang entah apa-apa. Tapi, secara jujurnya, memang bila berdua ni, masa semacam tak cukup je. Hehe. Alhamdulillah, perkahwinan kami sudah mencecah 6 bulan. Kehidupan selepas bernikah, masyaAllah lebih bahagia, lebih terisi dan mendamaikan. Ok, nak jugak upload gambar majlis kami.  

Kalut potong kek!
Special theme: Reminiscence - Bowling
Terisi atau berisi
Alhamdulillah, buat masa sekarang, saya sudah preganant 3 bulan lebih. Terkejut jugak waktu buat UPT (Baca: Urinary Pregnancy Test). Gembira kami, Allah saja yang tahu. Saya hampir menangis. Terasa diri ni sangat istimewa. Suami apatah lagi.. 

So far, mula-mula, bau ini, itu tak boleh. Then selera makan mula merosot. Nak makan, makanan kampung macam yang ada kat Penang. Western, fast food, atau makanan arab boleh cakap good bye. Sangat la tak berselera dengan makanan yang sebegitu. Alahan tu ada jugak, ada juga episod muntah-muntah sebab angin, tak nak makan. Jadi, kalau ke mana-mana, contohnya drive pergi kerja dan balik kerja, mesti ada bekal makanan untuk elakkan angin, sakit kepala dan muntah-muntah. 

Alhamdulillah, 1st trimester dah berjaya diharungi. Sekarang sudah berada dalam 2nd trimester. Perut pun dah mulai nampak. Cuma kecik je. Anak sulung katakan. Hehe. Bila dah trimester kedua ni, rasa payau tekak dan tak larat tu dah berkurangan. Alhamdulillah. Check up pun dah pergi 2 kali. InsyaAllah. Moga baby dalam perut ni terus kuat dan bagi kekuatan tu kat mama. Abah dan mama sayang baby! 


Nota kaki: Er, boleh tak teringin laksa kedah. Lebih spesifik, Laksa Teluk Kechai! Huhu, mana nak cari kat sini?

21 Oct 2013

Bride-to-be: Wedding checklist

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Made my very own wedding checklist in this blog, adopted from Stories of Rina and Kanda Dinda With Love. Thank you ex-B2Bs, your sharing was awesome and very helpful!  

Legal documents
  1. Kursus kahwin - Done! (Since 2010, at UiTM)
  2. Borang kebenaran bernikah - Done!
  3. Test HIV - Done!
  4. Jurunikah - Done!

Invitation
  1. Guest list - In progress!
  2. Design and editing - Done! (By KadKahwinPenang)
  3. Scan card and create event kat Facebook - Pending! Done!
  4. Pos - In progress!
  5. Streamer - Done! (Also by KadKahwinPenang, tapi belum dah pick up)
  6. Setem - In progress!

Important
  1. Cincin for me - Done!
  2. Cincin for him - Done!

Hantaran for Him
  1. Jeans - Done!
  2. Kemeja - Consider done!
  3. Wallet - Done!
  4. Sunglasses - Done!
  5. Perfume set + body care - Done!
  6. Jam - Done!
  7. Sejadah - Pending! Done!
  8. Handphone - Done!
  9. Cincin - Done!

Hantaran for Me
  1. Telekung + tudung bawal Aidijuma - Done!
  2. Perfume set - Done!
  3. Jam - Done!
  4. Custom made hand bag - Consider done!
  5. Handphone - Done!
  6. Sejadah - Pending! Done!
  7. Cincin + mas kahwin - Done!

Hantaran decoration 
  1. Bekas hantaran - Done! (Alhamdulillah, borrowed from fiance's cousin)
  2. Alas dulang - Pending! Done!
  3. Bunga hantaran - Pending! Done!
  4. Tempat letak cincin - Pending!

Food and favors
  1. Nasi minyak + lauk - Consider done! (Gotong-royong)
  2. Favors - Consider done! (*Sponsored by Abah's siblings and cousins) 
  3. Telur for bunga telur - Pending! Done!

Door gifts
  1. For guest - Pending! Done!
  2. Goodies bag - Pending! Done!
  3. Door gift kanak-kanak - Pending! Done!
  4. Bakul for door gift kanak-kanak - Pending! Done!

Canopies
  1. Canopies - Done! 
  2. Chairs - Done!
  3. Tables - Done! (Abah booked all these from surau)

The look 

Solemnization
  1. Kurung moden - In progress! Done! (By ASZ Rafflesia)
  2. Tudung - Pending! Done!
  3. Veil - In progress! Done! (Also by ASZ Rafflesia)
  4. Shoes - Pending! Done!
  5. Make up artist - Done!
  6. Hand bouquet - Tak perlu kot!
  7. Teluk belanga for Abang - In progress! Done!

Sanding
  1. My booked outfit + veil - Done! (By Astana Primadona)
  2. Tudung - In progress! Done! (Halfmoon by SyaziShawl)
  3. Shoes - Pending! Done!
  4. Make up artist - Done!
  5. Hand bouquet - Done! (By Bunga House)
  6. Mandarin coat and accessories for Abang - Done! 
  7. Fitting - Pending! (Either on 14/11 or 15/11) *lambatnyaa Done!

Tandang
  1. My book outfit + veil - Done! (By Butik Pengantin Vieda)
  2. Tudung - Consider done!
  3. Shoes - Pending! Done!
  4. Make up artist - Done!
  5. Hand bouquet - Done! (Will use the same hb from sanding)
  6. Abang's outfit - Done!
  7. Fitting - Done! 

Official Photographer
  1. Akad nikah - Done!
  2. Sanding - Done!
  3. Bertandang - Done! (All events will be captured by Aleef Harits)

Decorations
  1. Inai - Consider done! (Tepi rumah je hehe)
  2. Bantal nikah - Tak perlu kot
  3. Bunga manggar - Pending! Done!

    Pelamin 
    1. Pelamin for sanding - Done! (From Astana Impian)
    2. Props (wordings + sunglasses, moustouche, etc) - Done! (By LoveyDoveyLand)

    Guestbook
    1. Guest book - In progress!
    2. Guest book table decoration - Pending!

    Meja makan pengantin
    1. Meja makan pengantin - Pending! (Made by own, may be)
    2. Centerpiece - Pending! (May be DIY)

    Bilik pengantin
    1. Bilik pengantin - Pending! (Made by own, may be Cu and Chik will help me)
    2. Katil, almari dan meja solek - Pending! Done! *Sponsored by Abah
    3. Cadar - Pending! (Already bought it, but not suit for events, so still consider as pending) Done!
    4. Potpourri - Done! (Buy from Parkson)
    5. Carpet - Done! *Sponsored by Cu (pinjam actually hehe)

    Pengapit
    1. My pengapit's outfit for sanding - In progress!
    2. Abang pengapit's outfit - Pending!

    Beauty, isnt?

    20 Oct 2013

    Bride-to-be: Persiapannya

    Bismillahi rahmanirahim~ 

    Assalamualaikum w.b.t.

    Fuhh, 33 hari lagi. 

    Dalam masa yang singkat ni, saya dengan laju-laju pergi buat operation buang ganglion yang telah lama wujud di pergelangan tangan kanan. Tangan kanan = tangan dominan. Huhu. Bayangkan kena guna tangan kiri, mostly tangan kiri. Berus gigi pon! Dah la bergigi besi. Susahnya..sabarkan je hati ini. Kena kuat sikit la. Hehe. Lepas operation, boleh pula bengkak boom due to dressing. Then pergi balik hospital, tukar dressing sambil nurse kat sana terkejut sebab bengkak yang teramat. 
    Right after operation
    On the next day. We off to Penang
    Ok, ok. Saya ada jumpa online shop yang menepati cita rasa saya yang cerewet ni. Sangat excited tahu!

    • LoveyDoveyLand - props, thank you tag dan banyak lagi yang superb design
    • Bunga House - hand bouquet yang awesome, beautiful and rare. Serious!

    Sekarang, muka pula macam er bermasalah. Keluar jerawat dan macam pelik, macam jeragat pun ada. Rupanya, muka bila makan macam-macam, tak tahan. So back to Mary Kay. Skin care tu je yang sesuai dengan muka saya. Huhu. 

    Nota kaki: Next entri, saya akan update on wedding checklist! :)

    12 Oct 2013

    Bride-to-be: Pasangan hidup

    Bismillahi rahmanirahim~ 

    Assalamualaikum w.b.t.

    Semakin dekat hari, semakin rajin nak update blog. Hehe. 

    Kadang-kadang terjumpa ayat best, terasa nak update laju-laju. Hehe. 

    Less than a year, kami berkenalan. Less than a month kenal, Mr. Fiance jumpa abah. Ok now, in less than two months, kami akan bernikah. Mashaallah, jodoh Allah letak, kejap je. Tak perlu buang masa nak bercinta lama-lama. Oppss, elak maksiat okay? Nak menghalalkan hubungan tu, terasa indah sangat-sangat. 

    Lelaki yang bergelar tunang saya, matured enough. Faham apa yang saya fikirkan walaupun dalam diam. Penasihat yang baik. Abang, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat dan tunang yang baik buat masa ini. Looking forward for to be your wife. Insyaallah :)


    Memilih pasangan hidup tidak hanya terletak pada dasar kata-kata cinta, tetapi perlu ada kasih yang datang daripada Allah.
    Jatuh bangun dalam memilih pasangan hidup, mengajar bagaimana menghargai sesuatu yang terbaik untuk kita
    (Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta)

    3 Oct 2013

    Engaged and still counting

    Bismillahi rahmanirahim~ 

    Assalamualaikum w.b.t.

    Some reminders might help me. May Allah ease our journey.

    Engaged to Mr. Harris Fadzillah

    Daisypath Anniversary tickers


    Counting days

    Daisypath Wedding tickers



    Wedding Tickers

    28 Mar 2013

    Kata-kata daripada SESEORANG!

    Bismillahi rahmanirahim~ 

    Assalamualaikum w.b.t.

    Sedikit kata-kata daripada seseorang; yang banyak merasionalkan saya supaya terus positif dan tabah. Suka untuk saya nyatakan, seseorang ini amat istimewa di sebalik kekuatan yang ada padanya. Moga Allah sentiasa merahmatinya. Ameen. 


    Pertamanya,

    "Hidup ini memang sukar. Namun, ia menjadi lebih sukar ketika kita tidak belajar daripada segala kesilapan yang telah kita lakukan sebelumnya.."


    Kedua,

    "Jangan membenci masa burukmu. Ia hadir untuk mendewasakanmu dan menghargai masa-masa baikmu.."


    Ketiga,

    "Jangan biarkan luka di hatimu menukar dirimu menjadi seseorang yang bukan lagi diri terbaikmu.."


    Keempat,

    "Sesetengah perhubungan itu umpama kaca..adalah lebih baik membiarkannya pecah daripada melukakan tanganmu ketika cuba memperbaikinya.."


    Kelima,

    "Manusia tidak bisa menjadi teman yang bertahan lama seandainya mereka tidak bisa memaafkan kesilapan kecil masing-masing.."



    Akhir kata,

    Thanks Allah I found you!

    Semoga urusan kita dipermudah-Nya!

    4 Dec 2012

    Dreaming

    Bismillahi rahmanirahim~ 

    Assalamualaikum w.b.t.

    Yesterday, I found a good motivation since it suits for this time being. Here it goes.

    1) Dream big
    2) Believe in it
    3) Work on it
    4) Live it

    Wash, rinse, and repeat if you encounter any bumps (Hlovate)




    15 Nov 2012

    Hadiah & Berdikari

    Bismillahi rahmanirahim~ 

    Assalamualaikum w.b.t.

    Bersemangat untuk update blog pulak malam-malam macam ni. Sebenarnya, banyak juga momen yang saya rasa patut dicatatkan di sini. 

    #1 Penghargaan

    Akhir tahun. Sekolah akan ditutup, termasuk sekolah khas, tempat saya bekerja. Jadi, seorang murid saya, Zarif Mirza akan berpindah ke sekolah rendah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi. 2 hari sebelum sekolah ditutup, dia dengan penuh excited mula berceloteh pasal warna kad dan hadiah. OK! 

    Tadaa!! Terharu sangat!
    Kad ni, buat saya terharu sangat-sangat. Ok, cuba anda bayangkan. Zarif mempunyai masalah learning difficulty yang tak pandai pegang pensel dengan elok dan tak pandai menulis. In the end, pandai pegang pensel dan tulis sendiri. Maha suci Allah! Tak dapat gambarkan perasaan ni. Rasa nak nangis pun ada! Ya Allah, bantulah anak ini menghadapi masa depannya dengan lebih cerah dan bermakna. Amin!

    Hadiah yang tak ternilai sepanjang lebih setahun bekerja.


    #2 Berdiri atas kaki sendiri

    Saya tak pernah shopping secara online sebelum ni. Jujur. Sekarang saya mula berdikari. Hehe. Dah umur 24 tahun ni.

    Permulaannya, saya membeli buku secara online di PTS Bookcafe, iaitu novel yang susah untuk didapati di pasaran - Hafalan Solat Delisa. Sangat best; penceritaan, pembawaan watak dan emosi yang diadun dalam satu novel mini. 

    Kedua, saya dengan gembiranya membeli shopper bag dari Sometime Boutique selepas berkali-kali melawat dengan perasaan takda-harapan-nak-beli sebab kena pakai Visa. Nampak sangat tak reti huhu. Jadi, Aidiladha lepas, Sometime ada less up to 40%. Dah tak senang duduk. Lalu, adik kedua saya, Ati mula mengajar step-by-step cara untuk purchase barang. Best price = RM49 only!! FYI, beg kat butik ni lawa-lawa dan murah! Sesuai untuk mereka yang bercita rasa seperti saya, mahukan kelainan! Eh? Yang pasti goes for quality. 

    Stella Pastel Pink Shopper Bag by Eve
    Seterusnya, educational toys yang saya beli secara online juga daripada Kak Marliza, owner Moms & Tots Shoppe. Kualiti alatan bantu mengajar/terapi di kedai ni memang bagus. Oh, akak ni pulak sangat ramah, humble dan honest. Buat business sebab minat dan alhamdulillah, cara Kak Liza berniaga memang telus. Baki duit yang di-bank in akan dipulangkan. See? Mana ada kedai online macam ni (*Ke saya yang tak pernah jumpa lagi?)

    Happy tengok mainan baru. Terus snap!
    Terbaru, produk Herbalife yang saya order online. Kali ini, saya beli produk baru yang belum pernah saya cuba. Alhamdulillah, produk-produk ni sampai sebelum saya pergi event Zero 2 Hero! Herbalife memang terbaik! Highlight lagi sebab kesayangan :)

    Powder container, 1L poly carbonate water bottle, tea container & N-R-G tea!
    Kesimpulannya, seronok juga online shopping dan sense of independence. Hehe. 

    Nota kaki: Kena susun azam macam dalam buku S.M.I.L.E Irma Hasmie! Terbaik! :)

    14 Oct 2012

    Minat - Bahasa Jepun

    Bismillahi rahmanirahim~

    Saya amat meminati drama Jepun sejak tamat sekolah rendah lagi. Apabila memasuki sekolah menengah, tak sangka pula, kami perlu memilih pelajaran untuk bahasa asing. Jadi, dengan senang hati, saya memilih bahasa Jepun sebagai subjek bahasa asing saya. 

    Permulaanya, disebabkan homesick yang agak teruk, semua pelajaran saya merosot termasuk bahasa Jepun.  Sensei (cikgu) sangat marah pada ketika itu, bukan disebabkan markah saya yang rendah, tapi kerana tak dapat mengingati huruf-huruf Hiragana (huruf basic bagi bahasa Jepun). 

    Sejak itu, saya tanamkan azam, tekad untuk belajar bersungguh-sungguh (mungkin sebab segan kena tegur depan kelas). Kiranya teguran ini membina bagi saya. Bukan subjek bahasa Jepun sahaja. Hasilnya, markah tertinggi yang pernah saya perolehi adalah 99%. Pernah menyertai kawan-kawan, di mana kami dibawa oleh sensei-sensei ke Festival Jepun, dikenali sebagai Bon Odori. Ok, itu pengalaman manis tentang bahasa Jepun. 

    Pengalaman pahit pun ada..hehe. Saya failed Japanese Language Proficiency Test (JLPT) dengan kurangnya 10 markah daripada kiraan markah lulus. Down juga untuk beberapa lama. Even sensei saya pun sedih. Bukan sebab saya seorang. Daripada 11 orang yang mengambil ujian ini, hanya 6 orang saja yang lulus (tak berapa ingat sebenarnya). Test itu pun sebenarnya tak sempat nak ber-study. Hujung tahun pulak. Saya sendiri sibuk dengan tuition berbayar untuk SPM. 

    Ok la. Cerita lama. Cuma saya excited sikit dari semalam. Saya terjumpa lagu yang saya cari-cari sejak tahun lepas, OST untuk drama Jepun. Sehingga ke hari ini, saya masih meminati drama Jepun berbanding Korea. Kenapa? Drama Jepun lebih realistik, semangat kekeluargaan yang tinggi dan lebih banyak nilai-nilai murni (sopan, bermotivasi tinggi). Ini video lagu yang saya katakan. Menarik!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...