Assalamualaikum w.b.t.
Wowww! Sepanjang bergelar isteri ni, tak pernah update blog! Hahaha pencapaian yang entah apa-apa. Tapi, secara jujurnya, memang bila berdua ni, masa semacam tak cukup je. Hehe. Alhamdulillah, perkahwinan kami sudah mencecah 6 bulan. Kehidupan selepas bernikah, masyaAllah lebih bahagia, lebih terisi dan mendamaikan. Ok, nak jugak upload gambar majlis kami.
Kalut potong kek! |
Special theme: Reminiscence - Bowling |
Terisi atau berisi
Alhamdulillah, buat masa sekarang, saya sudah preganant 3 bulan lebih. Terkejut jugak waktu buat UPT (Baca: Urinary Pregnancy Test). Gembira kami, Allah saja yang tahu. Saya hampir menangis. Terasa diri ni sangat istimewa. Suami apatah lagi..
So far, mula-mula, bau ini, itu tak boleh. Then selera makan mula merosot. Nak makan, makanan kampung macam yang ada kat Penang. Western, fast food, atau makanan arab boleh cakap good bye. Sangat la tak berselera dengan makanan yang sebegitu. Alahan tu ada jugak, ada juga episod muntah-muntah sebab angin, tak nak makan. Jadi, kalau ke mana-mana, contohnya drive pergi kerja dan balik kerja, mesti ada bekal makanan untuk elakkan angin, sakit kepala dan muntah-muntah.
Alhamdulillah, 1st trimester dah berjaya diharungi. Sekarang sudah berada dalam 2nd trimester. Perut pun dah mulai nampak. Cuma kecik je. Anak sulung katakan. Hehe. Bila dah trimester kedua ni, rasa payau tekak dan tak larat tu dah berkurangan. Alhamdulillah. Check up pun dah pergi 2 kali. InsyaAllah. Moga baby dalam perut ni terus kuat dan bagi kekuatan tu kat mama. Abah dan mama sayang baby!
Nota kaki: Er, boleh tak teringin laksa kedah. Lebih spesifik, Laksa Teluk Kechai! Huhu, mana nak cari kat sini?
No comments:
Post a Comment