29 Oct 2012

Review: Majalah comel, kompak tapi bermanfaat

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini, saya akan berkongsi tentang satu majalah comel yang saya baru temui beberapa minggu lepas. Majalah yang saya cari-cari selama berbulan-bulan.
JOM!
Sebenarnya, majalah JOM! berkisarkan tentang dakwah, usrah, tarbiyah. Macam kita boleh lihat pada gambar di atas. Tagline, "Dakwah itu Mudah - Bukan sekadar kewajipan tetapi gerakan yang menghidupkan!". 

Saya pasti, sekarang ramai dah kenal apa itu usrah. Cuma tak begitu mengenali maksudnya sedalam yang mungkin. Saya tak terkecuali. Walaupun pernah mengikuti usrah dan menyertai daurah, sebenarnya banyak yang saya tak tahu. Apa yang pasti, saya boleh simpulkan..jika kita tak mengenali sesuatu daripada akar umbinya, kita mungkin tak mencintainya sepenuh jiwa. 

Usrah juga begitu. Seperti mana elemen-elemen asasnya yang perlu diketahui, untuk mengalir seiring bagi mengukuhkan ikatan usrah:
  1. Taaruf (perkenalan)
  2. Tafahum (memahami)
  3. Takaful (bantu-membantu)
Jadi, bagi mereka yang betul-betul ingin mengenali apa itu usrah..saya cadangkan, bacalah majalah comel ini. Memang betul-betul kompak, tapi sarat dengan ilmu. Jujurnya, ilmu saya tentang usrah juga masih sedikit dan cetek. Setelah membaca majalah ini, sedikit sebanyak, dapat membantu diri yang kekurangan ilmu ini.

Syabas kepada team JOM! yang berusaha menyediakan metod dakwah dalam bentuk tulisan! Sangat bermanfaat buat masyarakat hari ini! 

Nota kaki:

  1. Insyaallah, saya juga akan mencari kembali..arah tuju saya :D
  2. Akan update entri ini. Insyaallah!

14 Oct 2012

Minat - Bahasa Jepun

Bismillahi rahmanirahim~

Saya amat meminati drama Jepun sejak tamat sekolah rendah lagi. Apabila memasuki sekolah menengah, tak sangka pula, kami perlu memilih pelajaran untuk bahasa asing. Jadi, dengan senang hati, saya memilih bahasa Jepun sebagai subjek bahasa asing saya. 

Permulaanya, disebabkan homesick yang agak teruk, semua pelajaran saya merosot termasuk bahasa Jepun.  Sensei (cikgu) sangat marah pada ketika itu, bukan disebabkan markah saya yang rendah, tapi kerana tak dapat mengingati huruf-huruf Hiragana (huruf basic bagi bahasa Jepun). 

Sejak itu, saya tanamkan azam, tekad untuk belajar bersungguh-sungguh (mungkin sebab segan kena tegur depan kelas). Kiranya teguran ini membina bagi saya. Bukan subjek bahasa Jepun sahaja. Hasilnya, markah tertinggi yang pernah saya perolehi adalah 99%. Pernah menyertai kawan-kawan, di mana kami dibawa oleh sensei-sensei ke Festival Jepun, dikenali sebagai Bon Odori. Ok, itu pengalaman manis tentang bahasa Jepun. 

Pengalaman pahit pun ada..hehe. Saya failed Japanese Language Proficiency Test (JLPT) dengan kurangnya 10 markah daripada kiraan markah lulus. Down juga untuk beberapa lama. Even sensei saya pun sedih. Bukan sebab saya seorang. Daripada 11 orang yang mengambil ujian ini, hanya 6 orang saja yang lulus (tak berapa ingat sebenarnya). Test itu pun sebenarnya tak sempat nak ber-study. Hujung tahun pulak. Saya sendiri sibuk dengan tuition berbayar untuk SPM. 

Ok la. Cerita lama. Cuma saya excited sikit dari semalam. Saya terjumpa lagu yang saya cari-cari sejak tahun lepas, OST untuk drama Jepun. Sehingga ke hari ini, saya masih meminati drama Jepun berbanding Korea. Kenapa? Drama Jepun lebih realistik, semangat kekeluargaan yang tinggi dan lebih banyak nilai-nilai murni (sopan, bermotivasi tinggi). Ini video lagu yang saya katakan. Menarik!

11 Oct 2012

Nutrisi untuk kehidupan yang lebih baik!

Bismillahi rahmanirahim~


Alhamdulillah, rumah dah dilengkapi dengan wifi. Jadi, inilah masanya untuk saya 'terminate' sahaja broadband. Tak lupa juga, terima kasih kepada abah tersayang kerana membiayai kos penggunaan wifi ini. Hehe.

Update blog kali ini adalah di atas permintaan Cik Shu tersayang, kawan saya di zaman sekolah menengah. Entri ini berkaitan dengan produk kesihatan yang saya ambil sejak Oktober tahun lepas iaitu Herbalife.


Untuk pengetahuan semua, produk daripada Herbalife memang terbaik kerana ia menggabungkan nutrisi selular dan kuasa protein supaya boleh mengawal rasa lapar, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil menghilangkan kilo yang tidak dikehendaki. Begitu juga untuk mereka yang ingin menambahkan berat badan! Satu lagi kredit untuk Herbalife adalah program penggunaan yang sangat mudah diikuti dan sedap.

2 produk utama yang saya ambil adalah:

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder
Disediakan dalam bentuk shake, mengandungi campuran lebih 20 vitamin diperlukan tubuh, mineral dan nutrien, selain karbohidrat dan protein. Kaya dengan antioxidant vitamin C dan E. Juga rendah kandungan lemak tepu dan kolestrol yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Sebenarnya banyak lagi khasiat shake ini. Cuba bayangkan kalori untuk  hidangan shake hanya 83 kCal sahaja! Produk bintang untuk menguruskan berat badan.

Tea mix - Lemon & Hibiscus
Teh yang enak, mudah dan rendah kalori ini dapat memberi rasa kenyang dan meningkatkan tenaga. Begitu juga rasa ketagih kepada snek/makanan segera. Alternatif kepada penggemar kopi dan teh seperti saya. Boleh dinikmati panas atau sejuk. Mudah kan? 

Ramai juga yang mengatakan teh ini menyegarkan, dengan fungsi detoks dan pembakar lemak terbaik. Secawan bersamaan dengan 20 minit erobik!


Sila abaikan kening yang bereserabut tu :P

Testimoni daripada saya sendiri:
Hilang masalah migrain
Kurang masalah kepenatan
Hilang masalah tekanan darah rendah
Kurang masalah penghadaman yang tak teratur
Muka kurang berjerawat (Mak saya cakap kulit muka semakin 'glowing' hehe)
Kurang 'ketagihan' kepada kopi dan teh
Berat maintain

Kesimpulannya, masalah kesihatan saya kini selesai.


Bacaan komposisi badan saya
Paling excited: metabolic age = 22 tahun dan lemak visceral = 3 (baik).

Kini, target pertama saya untuk minum 3 liter sehari supaya lemak-lemak degil dapat dihilangkan dan lemak visceral (lemak yang mengelilingi organ dalaman) diturunkan sehingga menjadi 1. Insyaallah.. Saya juga ada mempromosikan Herbalife kepada mak cik, mak dan adik-adik. Alhamdulillah, mereka suka!!

Target kedua saya adalah menyertai program-program yang dianjurkan Herbalife seperti HOM, STS dan sebagainya. Terima kasih kepada upline saya: Zalina (coach, kawan sekolah menengah) dan Athirah (kawan sekolah menengah juga hehe) yang memperkenalkan produk ini kepada saya. You're simply the best!

Breakfast berkhasiat yang saya ambil!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Berminat dan serius ingin mencuba? Hubungi saya di Facebook dan emel: amfiza306@yahoo.com atau amfiza306@gmail.com atau terus call/sms/whatsapp ke 016-3260136


Nota kaki: Saya baru jumpa majalah JOM! Ok, entri seterusnya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...