5 Dec 2012

Verify Blog

Bismillahi rahmanirahim~

Assalamualaikum w.b.t.

Mohon verify blog sekejap, untuk mengelak daripada serangan malware yang bertali arus!




google-site-verification: google119145b750a1a6f4.html

4 Dec 2012

Dreaming

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Yesterday, I found a good motivation since it suits for this time being. Here it goes.

1) Dream big
2) Believe in it
3) Work on it
4) Live it

Wash, rinse, and repeat if you encounter any bumps (Hlovate)




Impak Nutrisi Dalaman

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Have you had your shake today?

Di kala kerajinan mula melanda, jom update blog! Sekadar simple update. Sedikit cerita tentang my latest wellness evaluation (body composition reading). Tak lupa, sedikit testimoni daripada #1 customer saya!


Dalam minggu lepas, exactly a week after Zero 2 Hero, coach saya turun ke sini untuk beri tunjuk ajar kepada saya dan kawan, tentang COI dan cara organise shake party (even it was mini shake party). Bayangkan betapa baiknya coach saya, sanggup turun ke Penang dan Kedah semata-mata nak mengajar kami. Hanya Allah dapat membayar jasa-jasa beliau. Ameen!

Berbalik kepada body composition reading. Since coach datang sini, saya belajar cara menggunakan penimbang tu dan tak lupa, menimbang diri sendiri. Ada IMPROVEMENT!

Berat turun sebanyak 3 kg dalam masa sebulan, so latest 51.4 kg.
Total body fat berkurangan, daripada 27.3 % kepada 26.3%
Metabolic age: 20 years, last time = 22 years

Coach saya sendiri pun perasan saya reduce weight sikit. Once saya sampai Kajang before gerak ke Gambang, coach tengok atas bawah. Katanya, "Eh, Pija dah kurus sikit!" Hehe. Segan pulak.

Testimoni #1 customer 
Nama diberi Hazwaanii. Coursemate saya. Nak try Herbalife sebab nak improve energy bila berhadapan dengan workloads, as she deals with intellectual disabilities students. Memang tough kerja Waanii, disebabkan kena handle students daripada kelas Vokasional. FYI, students vokasional ni, banyak karenah dan ragam. Saya tahu, sebab students saya pun sama. Tapi, mereka baik saja.

So, she decided to try Herbalife by taking Formula 1 (shake) and teamix.

Kawan saya ni memang suka sangat dengan shake. Boleh kata dia ni 'product lover'. Selalu update dengan saya. Hehe. Selepas 2-3 hari minum, badan dia mula keluarkan effect since dia memang ada sinusitis. Just for one day! After that, alhamdulillah.

Now, coach saya yang follow up Waanii, sebab Waanii duduk KL. Last time, coach saya cakap, muka Waanii dah berubah menjadi semakin bersih. Even Waanii sendiri rasa perubahan-perubahan dekat diri dia, seperti:

  • Badan rasa lebih ringan
  • Lebih alert
  • Bila buang air, lebih lawas dan sangat ok 
  • Alhamdulillah, sembuh daripada urinary tract infection (UTI)
  • Muka makin bersih, nampak makin 'glowing'
  • Berpuasa dengan hanya ambil Herbalife, sangat osem! Tak rasa lapar, malah lebih bertenaga!

Amazing kan? Dengan hanya cuba inner nutrition, akan bagi impact kepada seluruh badan. Bagi kita sebagai perempuan, sure nak impact kat muka. Betul kan?

Seriously, kepada sesiapa yang nak 'bersih' muka, boleh try inner nutrition yang osem ni.

So tunggu apa lagi? Jom text/call saya laju-laju Hafiza 016-3260136

Nota kaki:

  1. Tapi jangan ingat Herbalife ini macam medicine yang boleh cure semua penyakit. Semua dengan izin Allah. Biiznillah. 
  2. Hasil ini bukan tipikal, bergantung kepada individu.
  3. Saya akan update gambar kawan saya ni. Tunggu!

3 Dec 2012

Sedikit update: #1 Zero 2 Hero

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni baru nak update. Setelah 2 minggu bersawang. Oh, sebenarnya, dah 2 minggu balek dari Bukit Gambang, Kuantan.

Wow!!

Zero 2 Hero sangat luar biasa!!

Sangat teruja! Sebelum ni, saya hanya pengguna produk Herbalife. Masih rabun ayam bila coach cakap-cakap pasal peluang dalam Herbalife. Pertama sekali, jutaan terima kasih buat rakan sekolah saya, merangkap coach, iaitu Zalina. Beliau yang mengajak saya berkali-kali tanpa jemu walaupun berkali-kali juga saya menolak. Alhamdulillah. Event ini banyak mengajar, membantu dan mula mengubah saya, mungkin 90-180 darjah. Hehe. 

Alhamdulillah, sekarang, saya decide untuk buat Herbalife secara part-time, dengan sokongan padu daripada mak dan adik-beradik. Tak lupa coach dan kawan-kawan.

Apa yang saya pelajari daripada Zero 2 Hero?


Saya belajar tentang kesabaran dan pengorbanan daripada orang-orang yang telah berjaya dalam Herbalife. Belajar banyak hal tentang produk nutrisi dalaman dan luaran. Apa yang saya ingin tahu, iaitu peluang dalam Herbalife!! Seriously, it's worth to invest about RM260 for this event! Banyak pesanan daripada mereka yang telah berjaya, seperti:

  1. Jangan putus asa, sebab itu prasangka kepada Allah 
  2. Makan produk, bercakap dengan orang dan ikut semua event
  3. Sesiapa yang masih ada ibu bapa, berbaktilah kepada mereka!
  4. Jika kamu mahukan sesuatu, bangun malam, SOLAT TAHAJUD!
  5. Pentingnya mengikuti semua event dan training yang dianjurkan Herbalife
  6. Ada banyak cara dalam daily methods operation (DMO), jadi pilih tiga terus
  7. If you find it is important to you, you will find a way

Banyak kan? See, memang rugi kalo tak join Zero 2 Hero ni, lebih-lebih lagi, ini event yang dibuat oleh Malay market! Most people yang attend memang mempunyai aim yang sama. Oh, sebenarnya, saya excited sebab kiri-kanan, depan-belakang semua consume Herbalife!! Hehe. Teramatlah best!

Lebih kurang menghampiri slot terakhir pada hari kedua, Team President 20K iaitu Pak Yang dan Mak Yang tampil memberikan kata-kata semangat buat kami semua. Teruja!! Banyak sangat nasihat yang mereka berikan, kongsi dan tak putus-putus berpesan.. 

Semua bermula apabila kita buat keputusan untuk berubah. Setiap keputusan adalah pilihan dan keberanian juga satu pilihan!
Jujurnya, saya bukan datang daripada keluarga yang senang, malah sangat sederhana. Jadi, apa yang saya inginkan sekarang adalah saya dapat membantu diri saya sendiri dari segi kewangan dan untuk keluarga, saya terlalu banyak impian untuk mereka. 


IMPIAN ADALAH KEKUATAN KITA!  

Saya pegang kata-kata di atas. Insyaallah.


Sedikit perkongsian video yang kami tonton di Zero 2 Hero. 



Nota kaki: "Learn to enjoy the pain!"

15 Nov 2012

Hadiah & Berdikari

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Bersemangat untuk update blog pulak malam-malam macam ni. Sebenarnya, banyak juga momen yang saya rasa patut dicatatkan di sini. 

#1 Penghargaan

Akhir tahun. Sekolah akan ditutup, termasuk sekolah khas, tempat saya bekerja. Jadi, seorang murid saya, Zarif Mirza akan berpindah ke sekolah rendah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi. 2 hari sebelum sekolah ditutup, dia dengan penuh excited mula berceloteh pasal warna kad dan hadiah. OK! 

Tadaa!! Terharu sangat!
Kad ni, buat saya terharu sangat-sangat. Ok, cuba anda bayangkan. Zarif mempunyai masalah learning difficulty yang tak pandai pegang pensel dengan elok dan tak pandai menulis. In the end, pandai pegang pensel dan tulis sendiri. Maha suci Allah! Tak dapat gambarkan perasaan ni. Rasa nak nangis pun ada! Ya Allah, bantulah anak ini menghadapi masa depannya dengan lebih cerah dan bermakna. Amin!

Hadiah yang tak ternilai sepanjang lebih setahun bekerja.


#2 Berdiri atas kaki sendiri

Saya tak pernah shopping secara online sebelum ni. Jujur. Sekarang saya mula berdikari. Hehe. Dah umur 24 tahun ni.

Permulaannya, saya membeli buku secara online di PTS Bookcafe, iaitu novel yang susah untuk didapati di pasaran - Hafalan Solat Delisa. Sangat best; penceritaan, pembawaan watak dan emosi yang diadun dalam satu novel mini. 

Kedua, saya dengan gembiranya membeli shopper bag dari Sometime Boutique selepas berkali-kali melawat dengan perasaan takda-harapan-nak-beli sebab kena pakai Visa. Nampak sangat tak reti huhu. Jadi, Aidiladha lepas, Sometime ada less up to 40%. Dah tak senang duduk. Lalu, adik kedua saya, Ati mula mengajar step-by-step cara untuk purchase barang. Best price = RM49 only!! FYI, beg kat butik ni lawa-lawa dan murah! Sesuai untuk mereka yang bercita rasa seperti saya, mahukan kelainan! Eh? Yang pasti goes for quality. 

Stella Pastel Pink Shopper Bag by Eve
Seterusnya, educational toys yang saya beli secara online juga daripada Kak Marliza, owner Moms & Tots Shoppe. Kualiti alatan bantu mengajar/terapi di kedai ni memang bagus. Oh, akak ni pulak sangat ramah, humble dan honest. Buat business sebab minat dan alhamdulillah, cara Kak Liza berniaga memang telus. Baki duit yang di-bank in akan dipulangkan. See? Mana ada kedai online macam ni (*Ke saya yang tak pernah jumpa lagi?)

Happy tengok mainan baru. Terus snap!
Terbaru, produk Herbalife yang saya order online. Kali ini, saya beli produk baru yang belum pernah saya cuba. Alhamdulillah, produk-produk ni sampai sebelum saya pergi event Zero 2 Hero! Herbalife memang terbaik! Highlight lagi sebab kesayangan :)

Powder container, 1L poly carbonate water bottle, tea container & N-R-G tea!
Kesimpulannya, seronok juga online shopping dan sense of independence. Hehe. 

Nota kaki: Kena susun azam macam dalam buku S.M.I.L.E Irma Hasmie! Terbaik! :)

#1 Zero2hero

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni baru nak update blog for this month! Sebelum Maghrib tadi, kami sekeluarga sama-sama mengaminkan doa awal tahun dan selepas azan Maghrib pula, doa akhir tahun hijrah. Salam Maal Hijrah 1434! Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk terus bernafas dan menghadapi hari-hari yang mendatang, welcome tahun baru :D

Semalam, saya ber-whatsapp dengan coach tentang event yang akan datang. Oh, coach saya suggest untuk update blog. OK bos, memang tengah excited! 

Go, go Herbalife!

Zero 2 Hero: Life Changing Event

Highlight sikit. Event Herbalife yang akan saya sertai weekends ni di Bukit Gambang Resort City, Pahang. Setelah setahun consume Herbalife dan dah dapat effect yang best (dengan izin Allah), now, I'm ready to MOVE FORWARD! Saya makin curious untuk tahu bagaimana nak buat business dengan Herbalife. Tak silap saya, approximately 3500 orang yang akan join event ni. Fuhh! 

Ok, untuk elaborate lebih-lebih, saya tak berapa sure. Tapi, berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang cakap Zero 2 Hero sangat superb bestnya! Insyaallah saya akan update lepas saya balik daripada event ni. Doakan saya! :)

Ini video promo Zero 2 Hero yang lepas, tak silap Julai 2012

Azam baru untuk tahun baru!

Nota kaki: Kalau event ni saya boleh join, insyaallah event 'bulatan gembira' pun bolehh! Mari sama-sama aminkan doa saya #azam jugak

29 Oct 2012

Review: Majalah comel, kompak tapi bermanfaat

Bismillahi rahmanirahim~ 

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini, saya akan berkongsi tentang satu majalah comel yang saya baru temui beberapa minggu lepas. Majalah yang saya cari-cari selama berbulan-bulan.
JOM!
Sebenarnya, majalah JOM! berkisarkan tentang dakwah, usrah, tarbiyah. Macam kita boleh lihat pada gambar di atas. Tagline, "Dakwah itu Mudah - Bukan sekadar kewajipan tetapi gerakan yang menghidupkan!". 

Saya pasti, sekarang ramai dah kenal apa itu usrah. Cuma tak begitu mengenali maksudnya sedalam yang mungkin. Saya tak terkecuali. Walaupun pernah mengikuti usrah dan menyertai daurah, sebenarnya banyak yang saya tak tahu. Apa yang pasti, saya boleh simpulkan..jika kita tak mengenali sesuatu daripada akar umbinya, kita mungkin tak mencintainya sepenuh jiwa. 

Usrah juga begitu. Seperti mana elemen-elemen asasnya yang perlu diketahui, untuk mengalir seiring bagi mengukuhkan ikatan usrah:
  1. Taaruf (perkenalan)
  2. Tafahum (memahami)
  3. Takaful (bantu-membantu)
Jadi, bagi mereka yang betul-betul ingin mengenali apa itu usrah..saya cadangkan, bacalah majalah comel ini. Memang betul-betul kompak, tapi sarat dengan ilmu. Jujurnya, ilmu saya tentang usrah juga masih sedikit dan cetek. Setelah membaca majalah ini, sedikit sebanyak, dapat membantu diri yang kekurangan ilmu ini.

Syabas kepada team JOM! yang berusaha menyediakan metod dakwah dalam bentuk tulisan! Sangat bermanfaat buat masyarakat hari ini! 

Nota kaki:

  1. Insyaallah, saya juga akan mencari kembali..arah tuju saya :D
  2. Akan update entri ini. Insyaallah!

14 Oct 2012

Minat - Bahasa Jepun

Bismillahi rahmanirahim~

Saya amat meminati drama Jepun sejak tamat sekolah rendah lagi. Apabila memasuki sekolah menengah, tak sangka pula, kami perlu memilih pelajaran untuk bahasa asing. Jadi, dengan senang hati, saya memilih bahasa Jepun sebagai subjek bahasa asing saya. 

Permulaanya, disebabkan homesick yang agak teruk, semua pelajaran saya merosot termasuk bahasa Jepun.  Sensei (cikgu) sangat marah pada ketika itu, bukan disebabkan markah saya yang rendah, tapi kerana tak dapat mengingati huruf-huruf Hiragana (huruf basic bagi bahasa Jepun). 

Sejak itu, saya tanamkan azam, tekad untuk belajar bersungguh-sungguh (mungkin sebab segan kena tegur depan kelas). Kiranya teguran ini membina bagi saya. Bukan subjek bahasa Jepun sahaja. Hasilnya, markah tertinggi yang pernah saya perolehi adalah 99%. Pernah menyertai kawan-kawan, di mana kami dibawa oleh sensei-sensei ke Festival Jepun, dikenali sebagai Bon Odori. Ok, itu pengalaman manis tentang bahasa Jepun. 

Pengalaman pahit pun ada..hehe. Saya failed Japanese Language Proficiency Test (JLPT) dengan kurangnya 10 markah daripada kiraan markah lulus. Down juga untuk beberapa lama. Even sensei saya pun sedih. Bukan sebab saya seorang. Daripada 11 orang yang mengambil ujian ini, hanya 6 orang saja yang lulus (tak berapa ingat sebenarnya). Test itu pun sebenarnya tak sempat nak ber-study. Hujung tahun pulak. Saya sendiri sibuk dengan tuition berbayar untuk SPM. 

Ok la. Cerita lama. Cuma saya excited sikit dari semalam. Saya terjumpa lagu yang saya cari-cari sejak tahun lepas, OST untuk drama Jepun. Sehingga ke hari ini, saya masih meminati drama Jepun berbanding Korea. Kenapa? Drama Jepun lebih realistik, semangat kekeluargaan yang tinggi dan lebih banyak nilai-nilai murni (sopan, bermotivasi tinggi). Ini video lagu yang saya katakan. Menarik!

11 Oct 2012

Nutrisi untuk kehidupan yang lebih baik!

Bismillahi rahmanirahim~


Alhamdulillah, rumah dah dilengkapi dengan wifi. Jadi, inilah masanya untuk saya 'terminate' sahaja broadband. Tak lupa juga, terima kasih kepada abah tersayang kerana membiayai kos penggunaan wifi ini. Hehe.

Update blog kali ini adalah di atas permintaan Cik Shu tersayang, kawan saya di zaman sekolah menengah. Entri ini berkaitan dengan produk kesihatan yang saya ambil sejak Oktober tahun lepas iaitu Herbalife.


Untuk pengetahuan semua, produk daripada Herbalife memang terbaik kerana ia menggabungkan nutrisi selular dan kuasa protein supaya boleh mengawal rasa lapar, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil menghilangkan kilo yang tidak dikehendaki. Begitu juga untuk mereka yang ingin menambahkan berat badan! Satu lagi kredit untuk Herbalife adalah program penggunaan yang sangat mudah diikuti dan sedap.

2 produk utama yang saya ambil adalah:

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder
Disediakan dalam bentuk shake, mengandungi campuran lebih 20 vitamin diperlukan tubuh, mineral dan nutrien, selain karbohidrat dan protein. Kaya dengan antioxidant vitamin C dan E. Juga rendah kandungan lemak tepu dan kolestrol yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Sebenarnya banyak lagi khasiat shake ini. Cuba bayangkan kalori untuk  hidangan shake hanya 83 kCal sahaja! Produk bintang untuk menguruskan berat badan.

Tea mix - Lemon & Hibiscus
Teh yang enak, mudah dan rendah kalori ini dapat memberi rasa kenyang dan meningkatkan tenaga. Begitu juga rasa ketagih kepada snek/makanan segera. Alternatif kepada penggemar kopi dan teh seperti saya. Boleh dinikmati panas atau sejuk. Mudah kan? 

Ramai juga yang mengatakan teh ini menyegarkan, dengan fungsi detoks dan pembakar lemak terbaik. Secawan bersamaan dengan 20 minit erobik!


Sila abaikan kening yang bereserabut tu :P

Testimoni daripada saya sendiri:
Hilang masalah migrain
Kurang masalah kepenatan
Hilang masalah tekanan darah rendah
Kurang masalah penghadaman yang tak teratur
Muka kurang berjerawat (Mak saya cakap kulit muka semakin 'glowing' hehe)
Kurang 'ketagihan' kepada kopi dan teh
Berat maintain

Kesimpulannya, masalah kesihatan saya kini selesai.


Bacaan komposisi badan saya
Paling excited: metabolic age = 22 tahun dan lemak visceral = 3 (baik).

Kini, target pertama saya untuk minum 3 liter sehari supaya lemak-lemak degil dapat dihilangkan dan lemak visceral (lemak yang mengelilingi organ dalaman) diturunkan sehingga menjadi 1. Insyaallah.. Saya juga ada mempromosikan Herbalife kepada mak cik, mak dan adik-adik. Alhamdulillah, mereka suka!!

Target kedua saya adalah menyertai program-program yang dianjurkan Herbalife seperti HOM, STS dan sebagainya. Terima kasih kepada upline saya: Zalina (coach, kawan sekolah menengah) dan Athirah (kawan sekolah menengah juga hehe) yang memperkenalkan produk ini kepada saya. You're simply the best!

Breakfast berkhasiat yang saya ambil!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Berminat dan serius ingin mencuba? Hubungi saya di Facebook dan emel: amfiza306@yahoo.com atau amfiza306@gmail.com atau terus call/sms/whatsapp ke 016-3260136


Nota kaki: Saya baru jumpa majalah JOM! Ok, entri seterusnya :)

25 Sept 2012

Kehidupan Menyapa

Bismillahi rahmanirahim~

Assalamualaikum w.b.t.

Fuh, fuh. Bersawang sungguh. 

:) :)

Sekadar sedikit update. Saya petik daripada Kalam Hikmah daripada majalah al-Ustaz:

Berhati-hatilah...


Berkata Imam al-Syafi'i:

"Sesiapa yang menceritakan aib orang lain kepadamu, ia akan menceritakan aibmu kepada orang lain.

Sesiapa membawa berita orang lain kepadamu, ia akan membawa beritamu kepada orang lain.

Sesiapa yang berlebihan memujimu jika engkau menggembirakannya, ia akan berlebihan mencelamu jika engkau memarahinya"  

(Riwayat Imam al-Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafi'i, jil. 2, hlm. 198)

.......

Ini benar. Kadang kala datang seseorang dalam kehidupan kita seperti mana dikisahkan seperti di atas. 'Sesiapa itu' adalah seseorang benar-benar 'convincing' dalam setiap percakapannya. Kita seperti tidak tahu apa agendanya. Tak percaya? Anda mungkin akan mengalaminya sendiri. Saya pernah mengalaminya sepanjang setahun bekerja. Pesanan saya - berhati-hati! 


Nota kaki:

  1. Sebenarnya, adalah baik untuk husnuzon (berbaik sangka) terhadap sesama manusia. Tetapi, dalam masa yang sama, biarlah kita berhati-hati.
  2. Saya akan update berkaitan gambar di bawah nanti. Insyaallah.
Tiba-tiba promote Herbalife pulakk! :B

23 Jun 2012

Living

Bismillahi rahmanirahim~

Live well or hell. I'm the one who choose it.

Really nice words for me so as to motivate myself. 




Source: aysayako

Live well, insyaallah. 

Foot note: The same goes for you :)

31 May 2012

It is simple.

Bismillahi rahmanirahim~

Credits to anonymous
Today, I found this and out of sudden, I smiled.

So far, I'm no longer stalking or spying anything about him, 
as well I did not contact him anymore.

Why?
It is simple.
Because..I did not want to do so.

I know and believe, Allah always prepared the better plan and path for me.

Like what I heard from Irfan Makki and Maher Zain - I Believe, 

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you..

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him.

"If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through"
....

Foot note: I will have update this post later.

26 May 2012

Kehilangan, pergi takkan kembali

Bismillahi rahmanirahim~

Khamis, 24 Mei 2012
Pihak pengurusan sekolah dimaklumkan yang kami telah berjaya mendapatkan dana daripada CIMB Foundation untuk menjalankan projek batik dan jahitan. Akhirnya, setelah beberapa bulan saya berhempas pulas menyiapkan proposal, membetulkan kesalahan itu ini dan menjustifikasi rasional untuk projek tersebut; membuahkan hasil walaupun pada mulanya saya terasa seperti mahu berhenti di tengah jalan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. OK! Senyum :)

Jumaat, 25 Mei 2012 
Saya dimaklukan rakan sekerja saya (fisioterapis) yang student merangkap patient (suffered from cerebral palsy) kami telah kembali ke rahmatullah semalam, iaitu malam Jumaat. Terkesima, terkejut, terpana. Itu perasaan yang saya dapat gambarkan. Arwah pergi selepas demam panas dan sesak nafas di hospital.  
"Daripada ALLAH dia datang (segala sesuatu) dan kepada ALLAH dia akan kembali."
Arwah sememangnya sudah lebih tiga minggu tidak datang untuk menjalani sesi terapi disebabkan ayahnya sibuk menguruskan kedai makan yang baru dibuka. Tapi, ini bukan bermakna ayahnya tidak mempedulikan arwah; kerana ayah arwah memang dikenali sebagai seorang yang rajin membawa arwah ke sekolah (tempat saya bekerja) untuk sesi fisioterapi. Saya juga menjalankan terapi multi-sensori kepada arwah di bilik snoezelen. Jika dingat dan diimbas kembali, arwah sangat gembira dan excited bila memasuki bilik snoezelen dan pernah menjadi sample student saya untuk demonstrasi kepada pelawat daripada institut perguruan. 

Tetapi, kali terakhir menjalani sesi terapi dalam bilik snoezelen bersama saya, arwah menangis. Saya yang tidak faham, hanya menganggap arwah sudah penat dan mungkin mahu berehat. Sememangnya, Allah maha mengetahui..itulah petanda kali terakhir arwah berada di situ. 

Semalam juga saya dan beberapa orang rakan sekerja pergi menziarahi arwah di rumah. Wajah arwah..tersenyum, tetapi saya memang tidak dapat menahan sebak. Begitu juga dengan yang lain. Kami sedia maklum, syurga bagi arwah kerana arwah masih kanak-kanak, belum baligh dan mengalami kecacatan fizikal. Arwah anak tunggal, dan kehilangannya di dalam keluarga memang sangat dirasai. Bagi saya dan fisioterapis, tiada lagi murid yang akan menyatakan 'letih, penat' setiap kali fisioterapis memulakan passive stretching dan tiada lagi murid yang bermata besar dan berlesung pipit ini. Mungkin ini kenangan manis buat kami..
Alif Aiman, cikgu mohon maaf, jika terkasar bahasa dan apa-apa lagi yang mungkin cikgu telah lakukan. Percayalah, pemergiaan Alif takkan cikgu sia-siakan. Cikgu akan lebih bersemangat dalam kerja cikgu dan akan cikgu dedikasikan seluruh keupayaan yang cikgu ada untuk kawan-kawan Alif..insyaallah.
Mungkin sesuai untuk sekarang..

19 May 2012

Everything, but never let down

Bismillahi rahmanirahim~


Sabar. Because Allah never fail you. Whatever happened in your life, it just a test from Him. Keep smiling. You'll be fine and you are better nowadays. You can see it in yourself.


11 Apr 2012

His Plan

Bismillahi rahmanirahim~
So each We seized for his sin; and among them were those upon whom We sent a storm of stones, and among them were those who were seized by the blast [from the sky], and among them were those whom We caused the earth to swallow, and among them were those whom We drowned. And Allah would not have wronged them, but it was they who were wronging themselves. (Al-Ankabut: 40)

Electricity is down, there's traffic jams to access higher ground. Sirens and Koran recitals from mosques are everywhere.

Sutopo,
a spokesman for Indonesia's disaster mitigation agency, as a tsunami warning is issued in the Indian Ocean, after an 8.7-magnitude earthquake was reported..

Read more: http://www.time.com/time/quotes/0,26174,2111688,00.html #ixzz1rk9Z8KSr

28 Mar 2012

Allah is the Comforter..

Bismillahi rahmanirahim~



Allah is the Comforter, the Forgiving, and Most-Merciful.

If you never felt sadness, how would you know that Allah is a comforter?

If you never made a mistake, how would you know that Allah is a forgiver?

Be happy and keep smiling because you have a creator who loves and cares for you unconditionally!

(Dedicated from her)


Dear friend,
Thank you very much. Alhamdulillah..


To whom it may concern,

The first to apologize is the bravest,

The first to forgive is the strongest,

The first to forget is the happiest.

(Islamic Thought)

7 Feb 2012

Bila ada waktu

Bismillahi rahmanirahim~

Sedikit update di sini..

Sebenarnya, banyak hal yang terjadi untuk beberapa bulan ini. Cuma, rasanya tak perlu dikongsi secara bertaip di sini. Sekarang hanya mampu dan semestinya perlu berdoa: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."
Off to Penang with family. Need heart treatment for that moment.
Checking if something wrong after what-I've-done-to-him.
Nota kaki: Saya tak tahu all-those-thing will end up. Kerja Allah pasti akan ada hikmahnya. 

26 Jan 2012

Berserah..

Bismillahi rahmanirahim~

Semestinya saya tidak tahu, apa yang akan berlaku di masa hadapan..apa ketentuan Allah kepada saya. Jadi, bila terbaca apa yang dikatakan oleh Ustaz Pahrol, saya rasa itu benar.

Sumber: Seperti dalam gambar
"Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan.

Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita.

Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan?

Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita."

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...